Saturday, July 8, 2017

3856) ELAK KERAP TUKAR TELEFON - UTUSAN MALAYSIA - 8/7/2017

UTUSAN MALAYSIA 8.7.2017
Kuala Lumpur 7 Julai - Pengguna dinasihatkan tidak kerap menukar telefon pintar setiap bulan bagi mengikut trend semasa perkembangan telefon pintar pada masa kini untuk mengelakkan pembaziran.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, elemen ingin menunjuk kemewahan serta gajet baharu kepada rakan-rakan dan tidak mahu ketinggalan menjadi punca pembeli gemar berbelanja.
"Kadangkala, telefon pintar lama masih lagi elok dan boleh dipakai, namun disebabkan terpengaruh dengan rakan-rakan. mereka sanggup menukar telelfon baharu sehingga berhutang dengan bank dan saudara-mara.
"Ini perkara yang serius. Mereka harus belajar mengawal diri untuk tidak membeli sesuatu yang tidak perlu dan seeloknya menyimpan untuk untuk kegunaan masa hadapan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar semalam melaporkan, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar tahun lepas, demikian menurut kajian organisasi penyelidikan pemasaran terbesar Jerman, GFK

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...