Tuesday, July 11, 2017

3860) DIUGUT SYARIKAT PAJAK - HARIAN METRO - 11/7/2017

harian metro 11.7.2017
Seramai 23 pemilik kenderaan yang mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan berkumpul di sebuah premis simpanan kereta di Jalan Sungai Sikamat,di sini, bagi menuntut semula kenderaan mereka yang ditemui di lokasi berkenaan, semalam.
Usaha bermula jam 11 pagi itu diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM] Yusuf Azmi yang membawa semua 23 mangsa ke sebuah pusat penyimpanan kenderaan yang menempatkan kereta mangsa sejak beberapa bulan lalu.
Yusuf berkata, pihaknya sudah mendapatkan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta terbabit bersama pemiliknya ke balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
“Bagaimanapun, usaha kami sedikit sukar apabila pekerja syarikat trak tunda tiba-tiba enggan menunda kenderaan berkenaan walaupun pemiliknya ada bersama kerana mendakwa diugut pekerja syarikat pajakan terbabit.
“Keadaan itu membuat PPIM terpaksa menggunakan perkhidmatan trak tunda di luat kawasan ini dan sehingga jam 7 malam kami berjaya mengeluarkan tiga kereta mangsa sementara 10 trak tunda lain dalam perjalanan ke lokasi untuk menarik baki 20 lagi kenderaan,” katanya.
Khamis lalu, Harian Metro melaporkan PPIM menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikan pajakan kenderaan kenderaan didalangi seorang lelaki yang bergelar Datuk Seri.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata, modus operandi digunakan ialah sambung bayar menerusi satu perjanjian yang sebenarnya tidak membawa sebarang nilai.
Menurutnya, pemilik kenderaan dijanjikan kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.
Snapshot
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/243762/pemilik-kereta-mangsa-penipuan-dibantu-ppim

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...