Wednesday, July 12, 2017

3875) PPIM sedia kerja sama - Metro Online - 12/7/2017

Snapshot
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersedia memberi kerjasama penuh kepada polis untuk membantu siasatan ke atas syarikat pajakan kenderaan.
Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM, Yusuf Azmi berkata, beliau sudah berbincang dengan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berhubung perkara itu dan sedang mengumpul semua aduan berkaitan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
Katanya, dia mengikuti secara dekat isu berkenaan termasuk komen netizen di media sosial dan berharap semua mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.
"Seperti saya katakan semalam, saya hanya bantu pengadu mengikut pengalaman yang PPIM ada, jauh sekali untuk menjadi hero.
"Saya juga dihubungi pemilik tanah yang menjadi lot premis berkenaan. Ada isu syarikat itu melakukan kesalahan, tapi PPIM akan teliti semua perkara itu. Saya akan buat sidang media petang ini," katanya.
Kelmarin, beliau bersama 23 mangsa menyerbu syarikat kereta terbabit untuk menuntut kenderaan yang didakwa disimpan syarikat itu menyebabkan berlaku kekecohan sehingga tular di media sosial.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...