Friday, July 14, 2017

3902) 1,990 Laman Web Didapati Tipu Pelanggan Kena Sekat - Berita Harian - 14/7/2017

berita harian 14.7.2017
Kuala Lumpur- Suruhjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 1,990 laman web yang didapati menipu pelanggan sejak Januari 2016 sehingga Jun lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata daripada jumlah itu, 1,799 laman web disekat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kesalahan seperti penyamaran, penjualan sijil diploma dan sijil ijazah palsu, maklumat palsu, ‘phising’ dan ‘spoofing’
Baki 191 tindakan diambil mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, Kanun Keseksaan berkaitan cap dagangan, barang palsu dan penjualan yang tidak sah.
Jailani berkata, SKMM ada kuasa mengenakan tindakan terhadap laman sesawang yang disalah guna oleh penjual menipu dalam talian.
Bagaimanapun, katanya, tindakan menyekat capaian awam terhadap dilakukan selepas sesuatu kes dirujuk secara bertulis kepada SKMM, agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Mesti patuhi syarat
“Laman sesawang jual beli mesti mematuhi syarat dan keperluan dalam urus niaga perdagangan elektronik seperti yang diperuntukkan mengikut Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) yang mula diperkuatkuasakan KPDNKK pada 1 Julai 2013.
“Tindakan yang dikenakan kepada penipu atas talian ini ditentukan oleh agensi penguatkuasa mengikut undang-undang masing-masing,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Aidilfitri #Rezeki dikongsi bersama Pos Malaysia yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dan lebih 2,000 kakitangan Pos Malaysia.
Jailani turut memberi contoh barangan palsu:
Pada 2016, seorang pelajar membuat tempahan computer riba berharga RM1,500 menerusi iklan yang disiarkan laman web dan melakukan transaksi seperti ditetapkan pengiklanan.
Bagaimanapun, pelajar itu terkejut apabila menerima sebuah buku dan gagal menghubungi talian pengiklanan sebelum membuat aduan kepada SKMM.
Akhbar ini kelmarin melaporkan desakan supaya SKMM dan dan KPDNKK bertindak membanteras kegiatan penipuan membabitkan pengiklanan menerusi laman web sebelum ia menjadi tidak terkawal.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat, ketiadaan peraturan atau undang-undang untuk mengawal laman web yang menyediakan ruang pengiklanan ketika ini dimanipulasikan sesetengah pihak untuk menipu pengguna.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...