Saturday, July 29, 2017

3978) Desak Caltex bertemu pengusaha stesen minyak - Sinar Online - 29/7/2017

Snapshot(4)
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta syarikat Chevron Malaysia Limited (Caltex) dan wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengadakan perjumpaan dengan lima pengusaha stesen minyaknya.
Ketua Unit Tindakan PPIM, Yusuf Azmi berkata, ia bagi menyelesaikan masalah berhubung tindakan syarikat terbabit mengambil semula 13 stesen minyak daripada pengusaha tanpa sebab munasabah.
“Sebelum ini, kami sudah meminta mereka (Caltex) untuk mengadakan pertemuan dengan pengusaha. Malangnya, mereka tidak melayan sebarang permintaan kami.
 “Jadi, kami ambil keputusan untuk datang ke pejabat mereka untuk menghantar dua surat permohonan, iaitu surat mendesak mengadakan pertemuan dan surat meminta mereka memberikan penjelasan mengapa syarikat itu mengambil stesen minyak daripada pengusaha,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pertemuan dengan wakil syarikat terbabit di Pusat Bandar Damansara, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya memberi masa kepada Caltex untuk membalas surat PPIM sehingga lewat minggu hadapan sebelum memikirkan untuk mengambil keputusan seterusnya.
Kira-kira 50 orang, terdiri daripada ahli PPIM berkumpul di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara sebelum bergerak ke ibu pejabat syarikat terbabit.
Sementara itu, seorang mangsa, Fadzilah Abdul Hamid berkata, beliau menerima notis daripada syarikat itu, supaya mengosongkan dua stesen minyak di Kelana Jaya dan Kampung Subang pada Mei lalu.
Beliau kemudiannya beberapa kali membuat permintaan untuk mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi syarikat itu, namun syarikat itu menetapkan beberapa syarat.
“Antara syaratnya ialah saya tidak boleh bertanya mengenai sebab penamatan kontrak dan tuntutan deposit, serta saya tidak boleh membawa wakil luar dalam perjumpaan itu.
“Bagi saya, permintaan ini tidak munasabah dan saya tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh mereka,” katanya.
Sementara itu, wakil Caltex yang ditemui berkata, pihaknya akan membalas surat PPIM secepat mungkin.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/desak-caltex-bertemu-pengusaha-stesen-minyak-1.710269

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...