Tuesday, July 18, 2017

3915) 'DATUK KABI': PPIM AKAN LAPOR KEPADA SPRM - UTUSAN MALAYSIA - 18/7/2017


KUALA LUMPUR 17 Julai - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai 'Datuk Kabi' yang didakwa terlibat dengan kes penipuan syarikat pajakan kenderaan di Kajang.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, ini kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap individu berkenaan meskipun lebih 1,000 laporan telah dibuat.
Menurutnya satu lagi laporan polis akan dibuat jika lelaki itu masih berdegil dan enggan memulangkan lebih 1,500 buah kereta yang disimpan di kawasan syarikat miliknya.
"Jadi kita akan beri tempoh seminggu kepada 'Datuk Kabi' untuk pulangkan semua kenderaan tersebut sama ada beri kepada pihak bank atau pemilik kereta.
"Jika tidak,kita akan membuat laporan kepada pihak polis serta SPRM,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Mingguan Malaysia melaporkan PPIM menggesa SPRM menyiasat berikutan tiada tindakan diambil terhadap lelaki terbabit yang didakwa terlibat dengan kes penipuan syarikat pajakan kenderaan.
Menurut PPIM, badan integriti itu wajar membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan sekali gus menyiasat lelaki itu yang dianggap 'kebal'.
Sebelum ini beberapa siri rakaman video Muhammad Yusuf Azmi tersebar luas di media sosial memaparkan beliau 'menarik' keluar kereta pengguna yang didakwa ditipu oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan di Kajang baru-baru ini.
Muhammad Yusuf Azmi bertindak sedemikian kerana mangsa mendakwa syarikat itu sudah menipu 500 individu yang menjadi pelanggannya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...