Saturday, July 29, 2017

3977) PPIM bantu pengusaha stesen minyak teraniaya - Malaysia Gazette - 29/7/2017

Snapshot(3)

Yusuf Azmi mengadakan perbincangan dengan wakil korporat Chevron di Menara Millenium.
KUALA LUMPUR – Selepas menjayakan misi menyelamat sebahagian daripada 500 individu yang memajak kereta, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menjadi orang tengah menyelesaikan masalah pengusaha stesen minyak dengan syarikat Caltex.
Kumpulan itu membantah tindakan Caltex menutup beberapa buah stesen minyak di bawah jenamanya apabila hanya notis sebulan yang diberikan dan ia tamat pada 15 Mei lalu.
Diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi, mereka berarak ke Menara Millenium bersama-sama pengadu dan beberapa orang aktivis PPIM.
“Kehadiran PPIM di Menara Millenium disambut baik oleh wakil korporat Chevron dan perbincangan telah diadakan di lobi menara tersebut selama hampir setengah jam.
“Malangnya, tiada jawapan kepada persoalan yang kami ajukan iaitu “mengapa khidmat pengusaha diberhentikan tanpa sebarang sebab?,” kata Yusuf.
Bagaimanapun, wakil Chevron hanya bersetuju untuk mengadakan perbincangan secara damai bersama wakil PPIM dan mangsa pada masa dan tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“Semoga pihak Caltex (Chevron) dan PPIM berjaya menyelesaikan isu ini dengan baik dan tidak mendatangkan kerugian kepada mana-mana pihak,” katanya. -MalaysiaGazette.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...