Thursday, July 20, 2017

3938) Mesyuarat khas PDRM Isnin ini - Metro Online - 20/7/2017

WhatsApp Image 2017-07-20 at 15.13.14

SATU mesyuarat khas akan diadakan bagi meneliti lebih 50 laporan polis yang diterima dan dokumen berkaitan isu pajakan kereta Isnin ini.
Mesyuarat terbabit akan dipengerusikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan disertai Ketua Polis Selangor dan Kuala Lumpur selain Ketua Polis Daerah, pegawai penyiasat serta beberapa individu berkaitan.
Noor Rashid berkata, tindakan sewajarnya berhubung isu ini akan diambil dengan adil.
Menurutnya, pihak berkaitan diminta bersabar dan beri ruang kepada polis untuk ambil tindakan.
"Dalam mesyuarat itu nanti, kita akan lihat apa sebenarnya yang berlaku, perjanjian yang sudah dimeterai dan melihat sama ada wujud perkara yang bertentangan dengan undang-undang.
"Kita akan meneliti semua perjanjian dan laporan dengan adil," katanya ketika sidang media, hari ini.
Pada 11 Julai lalu, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dikatakan memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat AGR Trade Sdn Bhd dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing yang disewa pajak sehingga berlaku kekecohan.
Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit membuat satu laporan polis pada hari sama.
Pemilik kenderaan turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan Serdang.
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/245894/mesyuarat-khas-pdrm-isnin-ini

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...