Thursday, July 20, 2017

3934) AGR SANGKAL DAKWAAN ANIAYA PEMAJAK KENDERAAN - SINAR HARIAN - 20/7/2017

WhatsApp Image 2017-07-20 at 14.19.35
Serdang- Syarikat pajakan kenderaan, AGR AutoTrade Holding Berhad (AGR) menafikan pihaknya menganiayai pemajak kenderaan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri C Kamaleshwaran berkata, sebaliknya pihaknya menjadi mangsa setelah pengambilalihan syarikat itu dari pengurusan lama.
“ Sebelum ini saya diberitahu pemilik lama, Raja Shamsul Bahri Raja Muhamad bahawa AGR mempunyai 830 kenderaan di bawah syarikat tersebut, malangnya setelah pengambilalihan itu, kami dapati hanya ada 230 kenderaan sahaja, selain pelbagai masalah sedia ada,” katanya pada siding media semalam.
Katanya, AGR menghubungi pemajak bagi menawarkan perjanjian baharu di bawah pengurusanya.
“ Saya dapati banyak masalah ditinggalkan pengurusan lama seperti tunggakkan, jadi pemajak ditawarkan perjanjian baharu bagi selesaikan masalah tersebut,” katanya.
Beliau berkata, seramai 200 pemilik melibatkan 426 kenderaan bersetuju menandatangani perjanjian tersebut.
“ Daripada jumlah ini, hanya 90 kenderaan dapat dijejaki san 53 lagi dibawa lari ketika insiden pencerobohan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru baru ini,” katanya.
Sementara itu pelbagai pihak menyusun pelbagai strategi bagi menyelamatkan syarikat, pemajak dan penyewa.
“ Buat masa ini , kami dalam proses melakukan pembiayaan semula terhadap beberapa kenderaan. Kita sedang menunggu jawapan bank,” katanya.
Mengulas insiden pencerobohan yang didakwa dilakukan PPIM baru baru ini. Beliau berkata, AGR terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 1.7 juta.
“PPIM sepatutnya menghormati dan menghubungi pihak kami sebelum mengambil tindakan sendiri.
“ Kami kesal dengan tindakan mereka yang buat tindakan tanpa mendapatkan kebenaran dari syarikat mahupun polis,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar AGR, Mas Azizul Aswad Mohamad berkata , pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan tunggakan pembayaran sewa gudang penyimpanan kenderaan di Sungai Sekamat.
“ Kami menyewa dan tandatangan perjanjian penyewaan dengan BW Agency, dengan deposit RM 28,000 termasuk pembayaran sewa bagi bulan Mei RM 7,000.
“ Kami baru sahaja menyewa selama dua bulan dan adalah mustahil kami mempunyai tungakkan. Sekiranya ia berlaku di bawah pengurusan lama, kami tak tahu,” katanya.
‘Jangan panggil saya Datuk Kabi! Saya ada nama sendiri.’
Serdang- Ketua Pegawai Eksekutif AGR Auto Trade Holding Berhad, Datuk Seri C Kamaleshwaran meminta orang ramai berhenti memanggilnya dirinya sebagai Datuk Kalbi.
“ Jangan panggil saya Datuk Kabi! Saya ada nama sendiri,” katanya.
Katanya, setiap individu ada sejarah tersendiri, orang awam tidak boleh berterusan menghukum.
“ Saya akui ada sejarah lampau dan pernah didakwa di mahkamah. Yang lepas biarkan lepas, tak adakah peluang untuk saya?

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...