Friday, July 14, 2017

3899) Ceroboh gudang simpan kenderaan, polis buka kertas siasatan - Malaysia Gazette - 14/7/2017

Snapshot(2)
SHAH ALAM – Polis Selangor membuka satu kertas siasatan berhubung isu pencerobohan sebuah gudang menyimpan kenderaan di Kajang, dekat sini yang tular di media sosial sejak dua hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan malah menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan membelakangkan undang-undang.
Mengulas lanjut, beliau berkata, polis ada menerima laporan daripada seorang eksekutif lelaki yang bekerja di syarikat terbabit mengatakan stor syarikat itu di Jalan Cheras, Kajang diceroboh sekumpulan lelaki pada Isnin lepas.
Katanya, menurut laporan polis itu, tindakan kumpulan berkenaan adalah untuk mengambil kenderaan yang disimpan di dalam stor terbabit.
Sehubungan itu, Ab Rashid memberi jaminan satu siasatan menyeluruh mengikut undang-undang sedia ada akan dijalankan tanpa melindungi atau menyebelahi mana-mana individu yang terlibat.
Dalam video yang tular di media sosial itu, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi bersama beberapa individu memasuki pusat pameran kereta milik sebuah syarikat pajakan kenderaan di Sri Kembangan.
Dalam laporan akhbar hari ini, Yusuf menyatakan ‘serbuan’ itu dilakukan berikutan syarikat itu didakwa telah menipu 500 individu yang menjadi pelanggannya. – MalaysiaGazette

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...