Thursday, July 20, 2017

3937) AGR tunggu peguam, PPIM dah bersedia - Metro Online - 20/7/2017

Snapshot(5)
SEBARANG tindakan undang-undang terhadap Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung dakwaan pencerobohan di AGR Auto Trade Sdn Bhd (AGR) 11 Julai lalu akan diputuskan syarikat itu selepas siasatan polis selesai.
Ketua Pegawai Eksekutif AGR Datuk Seri C Kamaleshwaran berkata, perkara itu hanya akan diputuskan peguamnya.
Katanya, buat masa ini, tumpuannya selaku pemilik syarikat itu adalah untuk membantu pemajak dan penyewa yang terbabit termasuk membuat pinjaman dengan institusi kewangan.
"Memang kami dalam proses membuat pinjaman untuk menyelesaikan tunggakan yang wujud sebelum ini. Kita juga kesal dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang buat begini kepada kita. Saya juga sedang cari jalan bantu pemajak kerana jika tidak, semua penyewa juga bermasalah," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, pihaknya bersedia dengan apa juga implikasi undang-undang dan mempertahankan tindakannya menemani pengadu ke syarikat itu baru-baru ini.
"Ya. Saya bersedia 100 peratus. Kita juga minta peguam supaya meneliti kes ini kerana ia mewakili pengadu yang teraniaya," katanya kepada Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/245970/update-agr-tunggu-peguam-ppim-dah

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...