Friday, July 7, 2017

3853) 1500 KENDERAAN PAJAK LESAP - SINAR HARIAN - 7/7/2017

sinar harian 7.7.2017
KUALA LUMPUR-Kira-kira 500 pemilik kenderaan yang melibatkan 1,500 kereta berdepan muflis daripada pihak bank ekoran gagal menjelaskan ansuran bulanan setelah diperdaya sebuah syarikat pajakan.
Seorang mangsa Ali Mohd [bukan nama sebenar] berkata,keputusan memajak kenderaan itu dibuat bagi tujuan menambah pendapatan akhirnya bertukar mimpi ngeri apabila ditipu.
Dakwa Ali, syarikat itu pada awalnya didalangi individu lain tetapi kini bertukar tangan kepada seseorang yang menggelar dirinya Datuk Seri.
"Setelah syarikat itu beralih kepada Datuk Seri,kereta kami tiada penyewa.Hasil bulanan yang perlu dapat tidak diberi malah jika ingin kereta semula,diugut dan perlu dibayar pampasan,"katanya pada sidang media dikendalikan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM], semalam.
Hadir sama, Ketua Aktivis PPIM,Datuk Nadzim Johan.
Katanya,lebih mencurigakan meskipun mempunyai beberapa tunggakan,pihak bank tidak menarik kenderaan tersebut,sebaliknya meminta pemilik, untuk berbuat demikian.
"Pembiayaan bank kami kena tanggung,tapi bila kami mintak pulangkan kereta mereka tidak bagi.Malah ketika cuba berunding, mereka sudah mula gunakan kekerasan,"katanya.
Selain Ali,mangsa lain, Amir Abdullah [bukan nama sebenar] mendakwa tiga kereta jenis Proton miliknya.
Kata Amir, ia seolah-olah sindiket kerana ketika urusan jual beli kereta, juru jual pernah menabur janji manis kepadanya
"Bayangkan pada masa itu, juru jual boleh bantu saya untuk dapatkan kelulusan pembiayaan bank sehingga lima buah kereta, namun saya hanya terima tiga sahaja, dan tempoh bayaran balik adalah sembilan tahun,"katanya.
Katanya, syarikat itu dikesan beroperasi secara meluuas melalui 80 cawangan sekitar Lembah Klang.
Sementara itu, Nadzim berkata,kes penipuan yang melibatkan pajakan kereta bukan baharu dan lebih malang,pemilik kebanyakannya berdepan muflis.
"Mereka yang meminjam kereta untuk disewa kepada orang kebiasaan akhirnya akan bankrap, paling tidak disenaraihitamkan,tetapi bankrap adalah destinasi yang jelas," katanya.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi pula berkata, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan lebih 100 laporan telah dikemukan mangsa.
"Kami akan menuntut kereta milik mangsa walaupun syarikat itu mengatakan ada perjanjian antara mereka dengan pemilik kenderaan.
"Pemilik kenderaan ada hak untuk ambil kereta mereka, sekiranya tidak dipulangkan, saya mintak pihak bank lebih bertanggungjawab dalam hal ini," katanya.
Menurutnya, syarikat itu berdiam diri apabila dihubungi mangsa dan tidak menjawab surat pembatalan perjanjian yang dihantar sebaliknya mangsa disenarai hitam oleh bank dan disaman.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...