Saturday, July 1, 2017

3842) BENDUNG PEMALSUAN PASPORT - UTUSAN MALAYSIA - 1/7/2017

utusan malaysia 1.7.2017
Kuala Lumpur 30 Jun - Langkah Jabatan Imigresen mengenakan penalti antara RM200 dan RM1000 bagi setiap pengantian pasport yang hilang akibat kecuaian pemiliknya disambut baik oleh pelbagai pihak memandangkan peningkatan ketara kes dicatatkan sejak kebelakangan ini.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusoff Abdul Rahman berkata, inisiatif yang diambil memperlihatkan langkah agresif jabatan itu menguatkuasakan perundangan dan menepati keperluan bagi mencegah penularan kes pemalsuan dokumen peribadi.
Menurutnya kadar penalti dikenakan itu perlu mengambil kira beberapa aspek termasuk faktor kehilangan pasport selain memberi pertimbangan sewajarnya terhadap keperluan serta keberhasilan tindakan yang bakal diambil.
"Adalah menjadi keperluan mengenakan denda dan hukuman setimpal terhadap kehilangan pasport akibat kecuaian atau kecenderungan pemiliknya menjual dokumen peribadi kepada pihak ketiga.
"Namun sekiranya disebabkan bencana atau kemalangan tidak dapat dielakkan , prosedur permohonan baru serta dengan perlulah bergantung kepada budi icara sebelum dikenakan apa-apa hukuman," katanya kepada Utusan Malaysia disini, hari ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut senada menyokong langkah penguatkuasa tersebut supaya dokumen peribadi itu tidak disalah guna oleh pihak tertentu bagi mengaut keuntungan.
"Garis panduan dan prosedur pelaksanaan penalti itu haruslah mencakupi pelbagai aspek termasuk mengkaji keperluan dan kesanya terhadap pemegabg pasport, isu pemalsuan dokumen dan kesannya kepada aspek keselamatan negara," katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...