Saturday, January 11, 2014

1101) RAKYAT NEWS 10/1/2014 HONG LEONG BANK HINA ISLAM



KUALA LUMPUR 9 Jan - Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen hari ini menggesa campur tangan agensi kerajaan yang berkaitan dalam menyelesaikan isu penafian hak pekerja islam di Hong Leong Bank.

Abdul Jamil menegaskan bahawa sekiranya perkara seperti ini tidak diselesaikan dengan kadar segera, tidak mustahil jika ianya turut menjadi ikutan pihak perbankan lain yang ada di negara ini.

"Para pekerja bank (Hong Leong) tidak dibenarkan menggunakan surau bermula 2 November, dan ini adalah salah satu penafian hak. Jika perkara ini dibiarkan, semua bank akan melakukan perkara yang sama selepas ini, dan ia sangat merisaukan memandangkan ia berlaku di Malaysia.

"Apa yang kita mahu adalah campur tangan dari pihak-pihak berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini," katanya dalam satu sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diadakan di Villa Puteri di sini hari ini.

Abdul Jamil turut menambah, setakat ini dua laporan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam di Kuantan dan Kelantan, di samping satu laporan polis di Kuantan supaya isu-isu seperti ini diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan.

"Kita harap isu-isu kepenggunaan seperti ini akan diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan agama islam.

"Kita tidak boleh benarkan seorang CEO Singapura (Hong Leong) untuk terus menindas dan menidakkan hak untuk beribadat rakyat Malaysia yang beragama Islam, dan ada sesetengahnya telah dipecat," ujarnya.

Katanya, perkara ini sedang diusahakan oleh NUBE dan telah dibawa kepada perhatian SUHAKAM, Kementerian Sumber Manusia, penghantaran memorandum kepada pimpinan negara dan juga Pemuda UMNO.

Abdul Jamil juga menafikan bahawa isu yang cuba dipertahankan ini berupa suatu unsur provokasi, di mana NUBE hanya memperjuangkan hak-hak pekerja bank terutamanya yang telah dipecat dan bukan salah satu badan atau pertubuhan politik.

"Jumlah keseluruhan kakitangan yang dipecat berjumlah 27 orang, 25 orang daripadanya adalah pekerja islam, yang membawa kepada 90peratus lebih.

"Apabila isu ini diadukan, pihak bank akan menafikannya namun kami ada bukti dan fakta hanya perlu datang dan bersemuka dengan kami dan kami telah bawakan isu ini kepada pihak JAKIM," ujarnya.


Terdahulu, kes ini mendapat perhatian apabila di laman Facebook NUBE, melaporkan, bank yang dimaksudkan adalah Hong Leong Bank telah bertindak biadap dan menafikan hak orang Islam untuk menunaikan solat di premis mereka.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...