Saturday, January 11, 2014

1099) SINAR HARIAN 10/1/2014 PERSATUAN PENGGUNA KENA LANTANG BERSUARA





SHAH ALAM - Persatuan pengguna digesa lebih lantang dalam menyuarakan hak rakyat terutamanya membabitkan peningkatan kos sara hidup dan harga barang keperluan.

Dr Maszlee Malik berkata, usaha itu perlu dilakukan memandangkan tindakan atau langkah yang dijalankan oleh persatuan pengguna sebelum ini dilihat kurang membantu rakyat.

“Sebahagian besar NGO seperti Gabungan Persatuan Pengguna (Fomca), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) perlu wujudkan market watch bagi memantau secara kerap harga barangan yang dijual.

“Bantahan juga saya rasakan bukan tertumpu pada kerajaan sahaja, malah kepada syarikat-syarikat besar yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan,” katanya selepas Wacana Sinar di Kompleks Media Karangkraf, semalam.

Katanya lagi, kerajaan juga wajar bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi permasalahan kenaikan tersebut sekali gus mampu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Ketika ditanya tentang kewajaran wacana tersebut diadakan secara kerap, Dr Maszlee yang juga moderator program tersebut berkata, semua pihak terutamanya organisasi media wajib menganjurkan program sedemikian demi memberikan informasi berguna dan telus.


“Selain menyalurkan perkara telus, media juga adalah di kalangan rakyat. Jadi nak atau tak, mereka kena berpihak kepada rakyat,” katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...