Saturday, January 4, 2014

1080) BERITA HARIAN 31/12/2013 PEMANDU TEKSI BERANG



Headline: Pemandu teksi berang
Publication: BH
Date of publication: Dec 31, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 009
Byline / Author: Oleh Muhammad Mustakim Ramli


Kuala Lumpur: Lebih 25,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang bimbang pendapatan mereka akan terjejas, sekiranya perhimpunan haram yang dirancang diadakan oleh pihak tertentu di Dataran Merdeka, di sini, malam ini menjadi kenyataan.

Timbalan Gabungan Persatuan dan Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN), Datuk Mohd Alias Abdul, berkata perhimpunan haram yang diadakan serentak dengan sambutan ambang Tahun Baharu 2014 itu, pasti menimbulkan suasana huru-hara dan mengganggu kelancaran aliran trafik.

Katanya, suasana yang tidak terkawal itu akan menyebabkan pemandu teksi sukar beroperasi di pusat bandar raya, sekali gus menjejaskan mata pencarian mereka.

Jejas imej negara

"Ia bukan saja menjejaskan pendapatan 25,000 pemandu teksi yang mewakili 31 persatuan di dalam GABUNGAN, malah turut membabitkan pemandu teksi persendirian," katanya selepas membuat laporan polis berhubung perhimpunan haram itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, semalam.

Alias berkata, perhimpunan haram itu yang diadakan serentak dengan kedatangan Tahun Melawat Malaysia 2014, juga boleh menjejaskan imej negara di mata pelancong asing.

"Tindakan mereka (peserta perhimpunan) pastinya menjejaskan imej negara. Kita sayangkan negara kita, kita mahukan keamanan dan menentang tindakan ganas seperti itu," katanya.

Sementara itu, Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustafa Hamzah, berkata sejarah perhimpunan haram yang dilakukan oleh kumpulan yang sama menunjukkan ia tidak pernah berakhir dengan aman.


Katanya, pelbagai kekecohan berlaku setiap kali perhimpunan haram berlangsung dan pihak yang paling teruk terjejas adalah masyarakat peniaga kecil yang beroperasi di sekitar lokasi perhimpunan diadakan

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...