Wednesday, January 8, 2014

1089) HARIAN METRO 8/1/2014 MAHU FIKIR DULU




Kuala Lumpur: “Selepas melihat kelayakannya, saya berbesar hati mahu Kamalru bekerja dengan kami (PPIM) dan menguruskan bahagian kajian perubatan tradisional.

“Ia sesuai dengan kebolehan pelajar cemerlang ini kerana dia tamat dengan kepujian dalam jurusan Ijazah Teknologi Sains Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Menurut Nadzim, PPIM kini amat memerlukan kepakaran dalam kajian terhadap perubatan tradisional yang semakin pupus di telan zaman. Dalam masa sama, pelajar bijak kelainan upaya (OKU), Kamalru Azman Daud dapat menimba pengalaman dan mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakannya.

“Saya tidak menafikan perubatan tradisional orang kita kebanyakannya boleh mengubati sesetengah penyakit. Bagaimanapun, resipi terbabit semakin pupus dan semakin hilang. Sebab itu saya amat memerlukan kepakaran bagi menjalankan kajian terhadap perubatan seperti ini.

“Jika Kamalru mahu bersama kami, dia boleh menguruskan bahagian ini.. Dalam masa sama, dia boleh mengkaji dan mendokumenkan mengenai perubatan tradisional dan petua-petua mengenai perubatan ini untuk kegunaan anak-anak kita pada masa akan datang.

“Ini antara yang dapat kami bantu bagi mengurangkan beban Kamalru dan keluarganya. Namun, semuanya terpulang kepada dia sendiri. Saya sudah berbincang dengannya dan dia ingin berfikir terlebih dahulu. Insya-Allah, rezeki pelajar bijak sepertinya ada di mana-mana,” katanya.

Menurut Kamalru pula, tawaran pekerjaan daripada PPIM amat dihargainya bagaimanapun dia ia perlu difikirkan semula.

“Tawaran daripada Datuk Nadzim cukup baik. Tetapi saya sedar diri saya siapa.. Malah tanpa sebarang pengalaman kerja, saya takut akan mengecewakannya. Saya rasa lebih baik saya kumpul pengalaman terlebih dahulu sebelum bersama PPIM,” katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...