Friday, January 3, 2014

1075) UTUSAN MALAYSIA 1/1/2014 PERBANKAN ISLAM PERLU TERPERINCI



KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pengamal sistem perbankan Islam digesa untuk menerangkan sistem kiraan dalam pinjamannya dengan terperinci bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminjam.

Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Kareem Said berkata, peminjam tidak mempunyai maklumat mengenai cara kiraan dibuat berbanding bank konvensional yang menerangkan dengan terperinci kiraan pembayaran.

Katanya, pihaknya ada membuat kajian mengenai rumah terbengkalai dan banyak peminjam yang membuat mengatakan bahawa pinjaman dari perbankan Islam mengenakan bayaran yang agak melampau.

"Saya ada mengkaji 422 kes rumah terbengkalai sejak dua tahun lalu yang melibatkan perbankan Islam dan ia terdiri daripada kes sejak tahun 2005.

"Banyak yang mengadu mengenai pinjaman dari perbankan Islam yang mengenakan tuntutan yang tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Kareem mengulas mengenai laporan Bernama semalam yang melaporkan Universiti Global bagi Kewangan Islam (INCEIF) menolak dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa sistem perbankan Islam menawarkan kadar keuntungan mengatasi peminjam wang 'Ah Long.


Abdul Kareem yang bersetuju dengan CAP berharap satu perbincangan dapat diadakan antara INCIEF, pihak bank, Bank Negara Malaysia dan persatuan pengguna supaya isu terbabit dapat dijelaskan kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...