Tuesday, January 7, 2014

1088) RAKYAT NEWS 7/1/2014 REKAAN DICIPLAK : TUDUNG FAREEDA RUGI RM 5 JUTA SEBULAN




KUALA LUMPUR 6 Jan - Syarikat penjualan tudung, Fareeda House of Scarf (Fareeda) terpaksa menanggung kerugian lebih RM 5Juta sebulan selepas rekaan tudungnya diciplak dan dijual melalui laman-laman sosial.

Pengarah Urusan Syarikat Fareeda, Aminuddin Basirron berkata, walaupun syarikatnya telah mendaftar di Perbadanan Harta Intelek Malaysia, sebanyak tujuh rekaan asal syarikat tersebut telah dihasilkan secara haram dan dijual meluas ke seluruh negara.

"Kita ada tujuh rekaan utama yang telah diciplak dan dijual secara berleluasa di seluruh negara dan anggaran kita sebanyak 50,000 helai dijual secara haram sebulan dengan anggaran keuntungan lebih RM 5Juta sebulan.

"Ianya bukan sahaja dijual di laman sosial tetapi turut dijual di butik-butik, pasar malam dan di tepi-tepi jalan," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Ibu Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kondomium Villa Puteri di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Pengasas Fareeda, Fareeda Zakaria.

Aminuddin menjelaskan, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut turut mengambil kesempatan menjual dengan harga yang agak tinggi walaupun mereka menggunakan barang tiruan.

Katanya, pantauan yang dibuat oleh pihaknya telah mengesan terlalu banyak penjual yang menjual rekaan tudungnya dan ianya boleh dianggap tidak terkawal.

"Tudung yang telah dicetak rompak dijual menghampiri serta ada yang sama dengan harga asal bagi rekaan Fareeda dan walaupun mereka menggunakan barang yang tidak berkualiti.


"Perkara ini telah berleluasa sejak setahun yang lalu dan sekarang ini ianya telah menjadi tidak terkawal yang turut melibatkan syarikat besar serta syarikat kecil," katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...