Saturday, January 11, 2014

1102) RAKYAT NEWS 10/1/2014 KEMENTERIAN KEWANGAN HARUS PERHALUSI SISTEM PERBANKAN ISLAM



KUALA LUMPUR 9 Jan - Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abd Kareem S. Khadaied hari ini menggesa kementerian kewangan agar memandang serius dan memperhalusi sistem perbankan islam yang dipraktiskan oleh bank-bank di negara.

Beliau berkata, terdapat banyak aduan yang diterima oleh persatuan berkenaan mengenai bank yang mengamalkan sistem perbankan islam seolah-olah membebankan para peminjam perumahan meskipun terlibat dalam projek rumah terbengkalai.

"Jika rumah yang dijanjikan itu tidak wujud, bank tidak sepatutnya mengambil sebarang keuntungan, itu adalah salah satu prinsip dalam sistem perbankan islam," katanya.

Abd Kareem ketika ditemui dalam satu sidang media yang diadakan di Villa Puteri, Jalan Tun Ismail turut menyenaraikan nama pemaju perumahan dan membandingkan jumlah bayaran pihak bank kepada pemaju bagi kedua-dua perbankan islam dan konvensional untuk satu projek yang sama.

Projek perumahan yang dimaksudkan adalah projek perumahan Pangsapuri Indah Heights yang dikendalikan oleh syarikat pemaju yang tidak mempunya lesen, Simpulan Cemerlang Sdn Bhd.

"Rumah-rumah ini tidak wujud dan tuntutan yang dinyatakan di sini (merujuk kepada lampiran yang diedarkan) adalah tuntutan di mahkamah.


"Ada antara mereka yang telah dibankrapkan. Dan disini (merujuk lampiran) dapat disimpulkan bahawa, sistem perbankan islam telah mengeluarkan sejumlah dana yang besar dan membuat tuntutan kepada pelanggan yang berkali ganda berbanding sistem konvensional," kata Abd Kareem

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...