Thursday, January 9, 2014

1094) RAKYAT NEWS 7/1/2014 JAIS IKUT UNDANG-UNDANG RAMPAS BIBLE BAHASA MELAYU


KUALA LUMPUR 7 Jun 2014 - Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah kerana telah melakukan kesalahan jenayah di bawah Mahkamah Sivil.

Bekas Timbalan Perkasa Datuk Zulkifli Nordin berkata, penerbitan kitab injil berbahasa Melayu dan Iban telah melanggar Seksyen 9, iaitu disyaki mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya termasuk kalimah Allah.

"Tindakan JAIS adalah dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang jenayah iaitu Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang berkuatkuasa di negeri Selangor.

"Ini adalah satu kesalahan jenayah yang jika cukup bukti boleh dikenakan pertuduhan jenayah di Mahkamah Jenayah Sivil," katanya kepada pemberita di Pertubuhan Masyarakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Taman Melawati hari ini.

Hadir sama dalam sidang media tersebut beberapa lagi NGO Islam termasuk Jalur Tiga dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Jelas Zulkifli, 10 perkara mengenai Kristian hanyalah sebuah polisi dan bukannya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan.

Ujarnya, sesebuah polisi tidak boleh membelakangi mana-mana undang-undang di dalam negara.

"Penyelesaian 10 perkara tersebut hanyalah sebuah polisi, ianya tidak boleh membelakangi sebuah undang-undang.

"10 perkara itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Injil versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini. Ia langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah." katanya.


Sebelum ini, Ketua Pengarang akhbar The Herald, Paderi Lawrence Andrew menerusi kenyataannya berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu walaupun JAIS telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh orang bukan Islam.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...