Thursday, November 28, 2013

1009) 25/11/2013- MAJLIS DIALOG INSOLVENSI











25hb November 2013

Sekretariat Bebas Muflis (SBM) yang kini berusia hamper setahun dan bernaung dibawah Persatuan Pengguna  Islam Malaysia baru-baru ini telah dijemput untuk menghadiri satu majlis dialog yang diadakan oleh Jabatan Insolvensi  Malaysia (MDI) bertempat di GaleriPustaka/Pustaka Negeri Sarawak pada 25hb November 2013.
Sempena majlis dialog tersebut pihak SBM telah menghantar seramai 3 wakilnya yang terdiri dari Sdr Mohd Mustaffa Hj Hamzah (Setiausaha SBM), Sdr Zubir Zainuddin (Ketua Sekretariat SBM) dan Tn Hj Sheikh Kareem (Penyelaras Perundangan SBM) untuk turut serta didalam majlis berkenaan.
Majlis dialog yang julung-julung kalinya diadakan oleh MDI dengan para peserta yang terdiridari 26 wakil agensi-agensi kerajaan yang lain turut disertai oleh wakil dari Ambank yang mewakili persatuan bank-bank perdagangan Malaysia.
Majlis tersebut dimulakan dengan ucaptama oleh YB Hajjah Nancy Shukri selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di dalam ucapan beliau yang begitu bersahaja beliau telah mengalu-alukan kehadiran wakil dari Sekretariat bebas muflis (SBM) di mana menurut beliau semangat serta kes ungguhan SBM ini patut menjadi contoh kepada badan-badan NGO lain dalam memastikan aspirasi kerajaan tercapai, denyut nadi rakyat dirasai dan hubungan akrab diantara MDI dan orang ramai terjalin demi kesejahteraan bersama. Dalam masa yang sama beliau memperakui peri pentingnya peranan SBM dan mengiktiraf kewujudannya selaras dengan kehendak YAB Perdana Menteri yang ingin peranan MDI diperkasakan dan sumbangan NGO kearah itu diiktiraf. Beliau juga menggesa agar para peserta yang hadir dapat menggunakan ruang  dialog ini seluas-luasnya untuk bertukar pendapat, mendapat maklumat serta mencadangkan sesuatu yang konstruktif kearah menggubal akta kebangkrapan 1967 ke arah yang lebih adil dan saksama serta memperkasakan peranan MDI secara keseluruhannya.
Majlis dialog dimulakan dengan dipengerusikan oleh Pn Rohana Binti Abdul Malek ketua pengarah MDI dengan nama singkatan PN KPI serta dibantu oleh 4 pegawai kanan beliau. Di mulai dengan ucapan yang begitu bersahaja menyingkap fungsi-fungsi dan peranan MDI dan hasrat beliau yang selari dengan Menterinya kenapa dialog ini diadakan menarik perhatian para peserta khususnya wakil dari SBM.
Ketiga-tiga wakil dari SBM telah diletakkan dibarisan paling hadapan dan setentang dengan Pn KPI serta ahli panel yang lain telah dijemput oleh Pengerusi dialog PN KPI untuk menjadi pembentang memorandum pertama. Di mana tugas ini telah diamanahkan kepada Tn Hj Kareem dan telah dilaksanakan oleh beliau dengan jayanya. Pembentangan memorandum ini disulami dengan beberapa pandangan bernas serta hujah yang begitu menarik dari Sdr Mohd Mustaffa Setiausaha SBM dan Sdr Zubir Ketua Sekretariat SBM. Diantara pengisian memorandum yang dibentangkan oleh wakil SBM yang berkisar tentang isu sistematik dan polisi telah menjadikan suasana dialog ini begitu segar dan matlamat Pn KPI untuk menjadikan MDI sebagai the real caretaker untuk mereka yang dimufliskan hampirtercapai.
Majlis dialog ini juga diselang-selikan dengan memorandum maupun teguran beberapa kelemahan kecil yang perlu diatas oleh MDI dengan persefahaman yang lebih jitu oleh agensi-agensi kerajaan yang lain demi kesejahteraan rakyat.
Dia khirsessi Pn KPI telah mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh SBM sebagai satu secretariat yang proaktif dalam memperjuangkan hak-hak mereka yang dimufliskansertasentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama demi memastikan kepentingan kedua-dua pihak  Antara siber hutang dan pemiutang terjaga. Beliau juga berjanji akan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak SBM serta bersedia untuk bersama-sama dengan stakeholders yang lain serta SBM untuk menilai serta memperincikan draf akta kebangkrapan 1967 dengan lebih rapi sebelum ianya dibawa untuk dibahas diparlimen.
Majlis  dialog diakhiri dengan ucapan penggulungan oleh pengerusi dialog PN KPI jam 1 tengahari.




No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...