Tuesday, November 5, 2013

955) RAKYAT NEWS 30/10/13-PPIM Sambut Baik Pemansuhan Subsidi Gula


OLEH: Hafiz Roslan

KUALA LUMPUR 30 Okt - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik tindakan Kerajaan memansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen pada pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM sudah lama mengemukakan cadangan tersebut bagi mendidik masyarakat menitikberatkan amalan kesihatan seharian.

"Kita sebenarnya setuju, kita juga mencadangkan juga subsidi ini dimansuhkan. Pengguna perlu sentiasa peka dengan apa yang nak dimakan, kita rasa apa yang dibuat oleh kerajaan secara tidak langsung membantu pengguna menukar cara hidup," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2014 Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

Dalam perkembangan yang sama, Nadzim meminta pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi berkaitan memantau pemprosesan minyak masak yang dikitar semula.

Katanya, minyak masak yang digunapakai semula berulang kali di beberapa buah restoran dan pasar malam telah dibeli oleh pengutip minyak untuk dibawa ke kilang dan dikitar semula lalu dijual.

"Kita tidak tahu yang minyak masak ini telah bercampur dengan minyak masak di kedai cina dan mereka kitar lalu dijual kepada pengguna.

"Kita tidak tahu kebanyakan minyak masak yang digunakan untuk menggoreng pisang adalah minyak seperti ini yang di kitar semula," ujarnya.

Beliau juga menambah, tindakan sebegini akan mengancam kesihatan kepada para pengguna dan berharap kepada sesiapa yang mahu menggunakan minyak agar berhati-hati.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...