Wednesday, November 6, 2013

960) HARIAN METRO 31/10/13-Perdaya yuran kecergasan RM10,000



Kuala Lumpur: Mengenakan bayaran sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, sebuah pusat yang menawarkan sesi latihan kecergasan dan bina badan di ibu negara dikesan memperdaya orang ramai untuk mengaut keuntungan mudah sedangkan ramai pelanggannya gagal mendapat bentuk badan diidamkan.

Perkara itu didedahkan Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Izham Nayan hasil aduan diterima daripada orang ramai baru-baru ini yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan syarikat berkonsepkan kecergasan itu.

Katanya, pada peringkat awal, mangsa akan ditawar menjadi ahli dengan yuran pendaftaran RM10,000 untuk mendapatkan kad akses untuk menjalani latihan di pusat berkenaan.

"Selepas mendaftar sebagai ahli, seorang perunding akan memberikan penerangan mengenai program disediakan termasuk bayaran yang dikenakan.

"Kemudian mereka akan diberikan jadual untuk menghadiri latihan kendalian seorang jurulatih selama dua kali seminggu.

"Tidak lama selepas itu, mereka mendapati latihan yang diterima tidak seperti dijanjikan, malah kita juga difahamkan, caj dikenakan jauh lebih tinggi daripada tawaran awal," katanya.

Dr Izham berkata, siasatan awal pihaknya mendapati perniagaan itu beroperasi sejak lebih empat tahun lalu dengan menjadikan kesihatan serta kecergasan sebagai produk untuk memerangkap mangsa yang kemudiannya terpaksa membayar harga yang mahal.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...