Friday, July 19, 2013

841) MYNEWSHUB 190713-Tidak Diikat Jamin Demi Keselamatan Alvivi – PPIM



Tindakan Alvin dan Vivian mencetuskan kemarahan umat Islam dengan memuatnaik poster dengan tajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo Halal pada 12 Julai bukan sahaja melibatkan umat Islam di Malaysia tetapi secara global.

Ini adalah kerana sup “Bak Kut Teh” ialah sup yang dihasilkan dengan bahan asasnya tulang babi yang jelas adalah haram di sisi Islam. Lebih-lebih lagi dengan disertakan logo Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di poster berkenaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata selain itu, tindakan mereka juga sudah memuncakkan kemarahan rakyat Malaysia sama ada yang beragama Islam atau tidak.

Selain itu, beliau berkata tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tidak membenarkan ikat jamin adalah juga untuk memastikan keselamatan mereka dari kemungkinan diapa-apakan oleh orang ramai selepas tindakan mereka yang melampau itu.

“Tindakan tidak memberikan ikat jamin kepada Alvivi juga adalah untuk menjaga keselamatan mereka yang telah memuncakkan kemarahan rakyat Malaysia,”

“Ini juga pengajaran kepada semua pihak di negara ini supaya sensitif dengan isu yang melibatkan perkauman dan agama,” katanya kepada Mynewshub hari ini.

Semalam, Alvin telah dihantar ke Penjara Sungai Buloh manakala Vivian telah dihantar ke Penjara Kajang – selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka. – Mynewshub


OLEH : IBNU K

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...