KUALA LUMPUR 5 Julai
- Persatuan-persatuan pengguna menyokong cadangan Ahli Parlimen Kuala Selangor,
Datuk Irmohizam Ibrahim agar kerajaan menghapuskan bayaran muka pembelian rumah
khususnya untuk golongan muda mudah memiliki aset.
Menurut mereka,
langkah itu merupakan penyelesaian terbaik dalam membantu golongan muda
memiliki rumah sendiri terutama yang tinggal di ibu kota.
Presiden Lembaga
Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin
Awang Yahya berkata, cadangan itu wajar kerana harga rumah kini terlalu mahal
dan bayaran wang muka sebanyak 10 peratus turut menyukarkan mereka membeli
rumah berkenaan.
Lebih membimbangkan masih ada yang belum mampu
memiliki rumah sendiri walaupun sudah bekerja selama 10 tahun, katanya ketika dihubungi di sini hari
ini.
Semalam, Irmohizam
ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong mencadangkan supaya
bayaran muka pembelian rumah dilupuskan bagi mengurangkan beban orang ramai
khususnya golongan muda untuk memiliki sebuah rumah sendiri memandangkan
harganya yang semakin mahal.
Cadangan itu dibuat
ekoran kebimbangan beliau mengenai nasib generasi muda termasuk golongan
berijazah untuk memiliki sebuah rumah sendiri.
Tambahnya, adalah
baik jika Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dapat
mencari jalan supaya pihak bank dapat bekerjasama dalam menjayakan hasrat
tersebut.
Berkenaan harga
rumah yang semakin mahal, Saharuddin meminta kerajaan mengkaji semula harga
skim rumah pertamaku yang nyata terlalu tinggi bagi rumah sederhana seperti
itu.
Saya cadangkan mereka menyemak kembali harga rumah
tersebut kerana tujuan utama skim itu bagi membantu golongan muda memiliki
rumah pada harga berpatutan," katanya.
Sementara itu,
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor
Osman berkata, langkah mewujudkan mekanisme tersebut sangat dialu-alukan oleh
pihaknya.
Sejak sekian lama saya telah mencadangkan kepada
kerajaan untuk melupuskan bayaran pendahuluan pembelian rumah dan akhirnya
diketengahkan di Parlimen dan kita berharap pelan itu dapat dilaksanakan,katanya.
Bagaimanapun,
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr. Jacob George
bimbang dengan pelbagai kelonggaran diberikan kepada golongan muda dalam
membeli rumah.
Jelas beliau, jika
terlalu banyak memberi kelonggaran dari segi penstrukturan semula pinjaman
rumah, menyebabkan lebih ramai golongan muda akan membeli sesuatu seperti rumah
dan kereta tanpa berfikir panjang.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130706/dn_11/NGO-sokong-hapus-bayaran-muka#ixzz2Yd5EOzSC © Utusan Melayu (M)
Bhd
No comments:
Post a Comment