Wednesday, July 10, 2013

814) ARTIKEL WAJIB BACA : Hadist Wajib Tahu persoalan ummat Islam


عن حذيفة بن اليمان قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : « من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم ، ومن لا يصبح ويمسي ناصحا لله ولرسوله ولكتابه ولإمامه ولعامة المسلمين فليس منهم »

Daripada Huzaifah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka. Sesiapa yang ada pada pagi dan petangnya tidak ikhlas kepada Allah dan RasulNya dan KitabNya dan pemimpinnya dan kepada umat Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka (umat Islam).” (riwayat Thabrani)

من أصبح وهمه الدنيا فليس من الله في شيء ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Ertinya : Barangsiapa yang berpagi-pagi dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah punyai apa-apa urusan untuknya, dan barangsiapa  yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (muslim)" ( Riwayat At-Tabrani, Majma' Az-Zawaid, 10/248 ; terdapat perawi bertaraf Matruk)


Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;
 “Barang siapa yang tidur dan tidak  mengambil tahu ataupun mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam,maka dia bukanlah golongan mereka (golongan orang-orang Islam)”.


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL