Oleh : Muda Mohd. Noor
Manakala pengusaha
pusat latihan pendidikan terpaksa berdepan dengan karenah pegawai kementerian
bagi mendapatkan lesen operasi.
Bahagian akhir
PETALING JAYA: Birokrasi agensi kerajaan termasuk syarikat
berkaitan kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan serta bank-bank menyebabkan
usahawan tempatan jatuh bangkrap, dakwa sebuah persatuan penguna.
Manakala pengusaha pusat latihan pendidikan terpaksa berdepan
dengan karenah pegawai kementerian bagi mendapatkan lesen operasi.
Lebih daripada itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia juga
mendakwa agensi-agensi kerajaan itu tidak membantu apa-apa peniaga tempatan.
“Birokrasi ini berlaku kerana pegawai-pegawai muda di
organisasi berkenaan tidak tahu atau memahami tugas.
“Sesetengah pula mahu mengajar orang yang lama berniaga dalam
bidang tersebut,” kata Setiausaha Agung persatuan Datuk Nadzim Johan.
“Bayangkan untuk mendapatkan pinjaman mikro pun susah…kena
bayar tiga bulan dulu, kos peguam, kos perkhidmatam, birokrasi ini menyusahkan
peniaga Melayu.
“Pinjaman untuk SME kena bayar deposit 10% ,” tambah Nadzim
lagi.
Lesen kolej
Beliau juga mendapat aduan dari pengusaha kolej mengenai
kesukaran mendapatkan lesen dari Kementerian Pelajaran.
Katanya, sewa bangunan sudah bayar selama dua tahun lesen
tetapi masih tidak dapat lesen dari kementerian tersebut kerana pegawai
kementerian mahu melihat rekod aliran tunai.
Masalah lesen perniagaan juga dihadapi oleh golongan pesara
tentera yang mahu memulakan perniagaan hingga menyebabkan mereka berniaga tanpa
lesen.
“Orang
Melayu sukar hendak mendapat lesen niaga,” kata Nadzim lagi.
Beliau turut
mendedahkan mengenai pembeli rumah yang menjadi mangsa penipuan membabitkan
pihak bank dan syarikat pemaju perumahan.
“Ia berlaku
di mana-mana, di seluruh negara. Saya ambil contoh di Kelang. Rumah tidak siap,
bank bayar harga tanah kepada pemaju, pembeli terpaksa bayar setiap bulan
walaupun rumah tidak tidak siap.
“Pembeli
bukan sahaja tidak dapat rumah, malah tapak tanah juga terbang. Kalau tidak
bayar, bank tuntut di mahkamah,” katanya lagi.
1 comment:
Kepada Pegawai Melayu/ISLAM jangan lah menyusah tolong lah fasilitat bg memudahkan supaya matlamat utk membantu Bumiputra/Melayu/ISLAM dapat dcapai . Ini lah AMANAH......jalan lah kerja dgn jujur supaya apabila matlamat X sampai kita juga perlu rasa BERSALAH. Ada juga yg sengaja menyusah utk mendapat habuan...... Carilah rezeki HALAL...dan kejar lah saham akhirat kerana setiap kerja kalau dlaksanakan dgn niat yg betul Allah akan beri ganjaran dakhirat nanti.
Post a Comment