Friday, July 19, 2013

842) HARIAN METRO 19/7/13-PPIM gesa siasatan telus terhadap empat lelaki



Shah Alam: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa satu siasatan yang telus dijalankan terhadap empat lelaki yang ditahan polis berhubung kes 'penculikan' seorang lelaki di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini, Isnin lalu.

Aktivisnya, Mohd Mustafa Hamzah berkata, sejak berita penahanan empat lelaki berusia 22 hingga 29 tahun tersebar, pelbagai spekulasi yang wujud dan ada antaranya tidak benar.

Menurutnya, siasatan lanjut yang dijalankan polis diharap dapat mencari kebenaran bukan saja kepada mangsa tetapi terhadap kes dan individu yang ditahan.

"Jika siasatan mendapati empat suspek yang ditahan itu bersalah, hukuman setimpal menanti mereka tapi biarlah siasatan yang dijalankan itu adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Oleh yang demikian, PPIM memberikan bantuan dari segi khidmat guaman kepada suspek agar kes berkenaan dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya sewaktu ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Terdahulu, Mohd Mustafa bersama peguam dan ahli keluarga lelaki yang ditahan bertemu dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam Deputi Superintendan Muhamad Idzham Jaafar bagi mengetahui perkembangan lanjut siasatan.


Mengenai butir perbincangan yang diadakan antara pihaknya dan polis, Mohd Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu kerana menganggap ia masih dalam siasatan.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...