Thursday, July 25, 2013

846) Lagi Penghinaan Terhadap Islam




Hotel Corus yang difahamkan milik Singapura juga dikenali sebagai Hotel Ming Court. Setahun lalu, kami menerima aduan daripada beberapa pemberi maklumat bahawa hotel ini telah memberi arahan melarang pekerja wanita Islam memakai tudung untuk menutup aurat. Pekerja Islam yang pergi bekerja dengan bertudung kena membuka auratnya apabila sampai ke hotel tersebut dan memakai tudung kembali apabila hendak pulang dari kerja ke rumah.

Pihak hotel memberi justifikasi bahawa ini adalah untuk penyeragaman uniform hotel. Malang sungguh pekerja-pekerja Islam di sebuah Negara Islam yang Agama rasminya (Islam Agama Persekutuan) adalah Islam terpaksa menyembah membuka aurat untuk ditontoni oleh bukan muhrim untuk mencari rezeki! Mana dia hak asasi yang dicanang selama ini?

Hotel Corus begitu popular dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa Islam dari Arab, Iran dan lain-lain. Mereka mengaut keuntungan daripada orang Islam tetapi menghina dan ‘menyeksa’ pekerja Islam tanpa sebarang penghormatan dan kekesalan. Mereka senyum paling lebar menyambut pelanggan Islam kerana duit tetapi di belakang mereka menikam orang Islam yang lain.

Hotel ini juga dulunya mempunyai sijil halal JAKIM tetapi kira-kira 6 bulan lepas sijilnya ditarik balik kerana mengambil bekalan bahan makan daripada pembekal yang tidak halal. Entah berapa lama amalan penipuan ini dilakukan sebelum kegiatan mereka dikesan dan sijil halal ditarik balik.
-2-
Agaknya disebabkan “kebaikan JAKIM” hanya sijil halal ditarik balik, tetapi difahamkan tiada sebarang tindakan diambil. Inilah agaknya yang menyebabkan orang Islam dipijak-pijak kerana “baik”. Baru-baru ini YB Menteri JAKIM, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom membuat kenyataan supaya tindakan harus diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan halal yang ada.

Bulan puasa dan musim raya adalah masa untuk mengaut keuntungan berlipat ganda yang tidak mahu dilepaskan oleh puak-puak rakus ini yang tidak segan- segan menipu orang Islam.

Kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap kes-kes penghinaan yang melibatkan sensitiviti agama sebelum ada pihak-pihak yang terlalu kecewa mengambil tindakan di tangan sendiri yang sudah tentu akan menjadi polemik yang semakin serius dan parah kepada perhubungan kaum yang semakin terjejas kebelakangan ini.

Terkini, satu lagi mangsa hotel ini yang diperdaya untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel ini adalah PERKESO yang dijadualkan mengadakan majlis berbuka puasanya esok.

PPIM menyeru semua GLC dan para pengguna Islam dan bukan (yang cintakan kemakmuran agar tidak lagi melanggani hotel yang tidak beretika ini dan tidak menghormati perhubungan kaum di Malaysia) sebagai menghantar isyarat jelas bahawa kita tidak mahu ada racun dalam perhubungan kaum di Malaysia.

PPIM mencadangkan agar logo halal syarikat yang menghina Islam, yang mendiskriminasi umat Islam dan tidak melaksanakan hak asasi Islam DITARIK BALIK.
PPIM juga mengharapkan JAKIM mengambil tindakan paling berat demi kepentingan Negara ini. 


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL