Saturday, December 4, 2021

6071) LEBIH BANYAK TEA AMO DI STESEN MINYAK SHELL DALAM MASA TERDEKAT - MALAKAT TRIBUNE - 03/12/2021

 

GOMBAK – Tea Amo Malaysia menyasarkan untuk membuka lebih banyak wagon Tea Amo di stesen minyak Shell di sekitar Lembah Klang dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tea Amo, Adzhar Mohd. Noor berkata, pembukaan Tea Amo di Shell Taman Greenwood hari ini akan menjadi detik permulaan.

“Alhamdulillah, selepas menempuh pelbagai dugaan dan cabaran akhinya kita berjaya membuka Tea Amo yang pertama di stesen minyak Shell.

Ketua Pegawai Eksekutif Tea Amo, Adzhar Mohd. Noor

“Bersama kita dalam majlis perasmian hari ini juga ialah Shairan Huzani Husain (Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd) yang datang memberi sokongan.

“Kita menyasarkan untuk membuka 10 Tea Amo dalam masa sebulan di stesen minyak Shell namun, ia juga bergantung kepada kelulusan.

“Antara kelulusan ialah dari pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kita perlu memohon lesen dan sebagainya,” kata Adzhar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malakat Tribune selepas majlis perasmian Tea Amo di Shell Taman Greenwood di sini hari ini.

Terdahulu, majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Dalam perkembangan lain, Adzhar yang juga merupakan Lembaga Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malakat Eco berkata, Tea Amo juga akan melebarkan sayap ke stesen-stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Lembah Klang.

“Insya-Allah majlis pelancaran akan diadakan pada minggu hadapan, doakan kami agar diberikan kemudahan dalam perniagaan Tea Amo ini,” katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

LEBIH BANYAK TEA AMO DI STESEN MINYAK SHELL DALAM MASA TERDEKAT

https://www.malakattribunenews.com/2021/12/lebih-banyak-tea-amo-di-stesen-minyak-shell-dalam-masa-terdekat/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...