Friday, December 24, 2021

6129) DPMM KENAL PASTI AHLI TERJEJAS AKIBAT BANJIR - BERNAMA - 23/12/2021

 

JOHOR BAHRU, 23 Dis — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) sedang mengenal pasti ahli-ahlinya yang terjejas akibat banjir terutamanya di tujuh negeri yang terlibat dengan bencana itu.

Naib Presiden DPMM Muhammed Farhan Basheer berkata sebanyak RM100,000 peruntukan bantuan disediakan pertubuhan itu bagi menjayakan inisiatif berkenaan sekali gus meringankan beban ahli.

'Ketika ini kami sedang mengumpul maklumat daripada DPMM setiap negeri untuk mendapatkan jumlah sebenar ahli yang terjejas akibat bencana banjir kali ini dan setakat ini kita mengesan seramai 30 ahli terjejas di Selangor dan Negeri Sembilan.

'Antara bantuan yang akan diberi termasuk kerja-kerja pembersihan dan bantuan untuk kelengkapan perniagaan mereka,' katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir anjuran DPMM, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.

Tujuh negeri terlibat banjir setakat ini Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai Konvoi Misi Bantuan Banjir berkenaan, beliau berkata bantuan itu meliputi penghantaran barangan keperluan seperti makanan dan minuman serta kelengkapan pembersihan dengan nilai keseluruhan RM100,000.

"Misi yang dianggotai seramai 20 sukarelawan ini akan menuju ke Hulu Langat, Selangor dan Jelebu, Negeri Sembilan. Barangan keperluan yang disediakan ini dijangka akan dapat memanfaatkan seramai 400 hingga 500 individu yang terjejas banjir di dua daerah tersebut: katanya.

Sementara itu, Kapten Bersekutu APM Osmirizan Melan berkata seramai enam anggota dan sebuah jentera APM digerakkan bagi menyajakan misi berkenaan.

'APM dan DPMM mempunyai kerjasama yang baik dan telah terlibat dalam beberapa misi bantuan kemanusiaan sebelum ini termasuk ketika banjir melanda Kota Tinggi awal tahun ini: katanya.


Artikel oleh: Bernama

DPMM KENAL PASTI AHLI TERJEJAS AKIBAT BANJIR

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2036840


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...