Bagaikan satu bebanan dan cukup merunsingkan kini apabila harga barang naik harga. Isu kenaikan harga barangan dan makanan, terutamanya ayam, sayur-sayuran dan telur sememangnya menjadi perhatian apatah lagi dalam suasana sektor ekonomi baru sahaja dibuka semula selepas hampir dua tahun terjejas akibat COVID-19.
Ternyata sebagai pengguna rasa diri dikhianati kerana harga cekik darah yang dikenakan oleh penjual. Jika sebelum ini ada yang geram dan tular isu harga ikan siakap tak masuk akal. Tidak terhenti di situ, satu persatu harga tak masuk akal yang dikenakan peniaga kepada pengguna yang ditularkan tentang isu peniaga kenakan caj makanan yang mahal.
Sampai bila agaknya perkara sebegini akan berlarutan? Sebagai pengguna di Malaysia apakah hak anda? Bagaimana kita hendak bertindak sebagai pengguna yang bijak? Ikuti kupasan lebih lanjut tentang tajuk Harga Cekik Darah, Hak Pengguna Dikhianati bersama tetamu Nadzim Johan @ Toqqi (Ketua Aktivis PPIM) menerusi FB LIVE MW Respons yang akan bersiaran pada 2 Disember 2021 pada jam 3 petang.
#mingguanwanita #bangkitwanita
Artikel oleh: Mingguan Wanita
HARGA CEKIK DARAH, HAK PENGGUNA DIKHIANATI
No comments:
Post a Comment