CYBERJAYA – Hujung minggu di Malakat Mall kini diceriakan lagi dengan dua acara menarik sesuai buat seisi keluarga.
Bagi pengumpul jersi bola sepak, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung untuk berkunjung ke pusat beli belah di Cyberjaya itu bagi mengikuti Pameran Jersi Kolektor XI bertemakan ‘100 Tahun Piala Malaysia’.
Para pengunjung turut berpeluang bertemu dengan salah seorang lagenda bola sepak Malaysia, iaitu bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Azman Mohamad.
Bliese (M) Sdn. Bhd. selaku penaja utama bagi program pameran itu berkata, kolaborasi ini merupakan sokongan Bliese kepada para peminat bola sepak, khususnya kepada pengumpul jersi-jersi pasukan bola sepak tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.
“Kami di Bliese berasa amat berbesar hati apabila ditawarkan untuk menjadi penaja utama bagi program Pameran Jersi Kolektor XI (Vol. 3) ini dan berharap agar program ini berjalan dengan baik dan ramai yang akan memperolehi manfaat di samping berhibur dengan hobi kegemaran mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bliese, Mohd. Suhaimi Saiful.
Pihak penganjur turut menganjurkan satu perlawanan persahabatan di antara Pasukan Pilihan Kolektor menentang Pilihan ‘Legend’, yang akan diadakan di Padang Bola Sepak, Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch pada pukul 8 malam.
Sementara itu, pada hari Ahad pula, Malakat Mall akan menjadi tuan rumah kepada Gema Quran @ Malakat Mall anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Program ini menampilkan penyertaan Pengasas Akademi Diwan Ar Rital, Ustazah Haniah Salwana, selaku guru taranum.
Antara yang dijangka hadir termasuk Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @ Toqqi.
Artikel oleh: Malakat Tribune
ACARA MENARIK DI MALAKAT MALL HUJUNG MINGGU INI
https://www.malakattribunenews.com/2021/12/acara-menarik-di-malakat-mall-hujung-minggu-ini/
No comments:
Post a Comment