Monday, December 13, 2021

6102) MAJLIS GEMA QURAN DI MALAKAT MALL SATU PENGISIAN BERMANFAAT - MALAKAT TRIBUNE - 12/12/2021

 

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall bergema dengan alunan ayat suci al-Quran sempena penganjuran majlis Gema Quran, hari ini.

Majlis anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu menampilkan Pengasas Akademi Diwan ar-Rital, Ustazah Haniah Salwana Rahim memperbetulkan bacaan al-Quran pengunjung Malakat Mall.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, majlis ini dianjurkan sebagai pengisian jiwa khusus kepada orang-orang Islam.

“Al-Quran adalah (sumber) rujukan kita, dan kita kena betul ambil rujukan dari tempat sebetulnya,” kata Nadzim yang turut dikenali sebagai Toqqi.

Toqqi turut menambah, beliau amat berpuas hati dengan penganjuran majlis hari ini yang turut melibatkan pengunjung Malakat Mall.

“Biasanya, pusat beli belah sajikan hiburan buat pengunjungnya, tapi kali ini, Alhamdulillah, kelainan yang ditampilkan dapat memberi manfaat kepada semua,” kata Toqqi lagi.

Selain Toqqi, turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Malakat Eco, Adzhar Mohd Noor; Penasihat PPIM, Datin Che Roslina Che Othman, dan Vince Focarelli.


Artikel oleh: Malakat Tribune

MAJLIS GEMA QURAN DI MALAKAT MALL SATU PENGISIAN BERMANFAAT

https://www.malakattribunenews.com/2021/12/majlis-gema-quran-di-malakat-mall-satu-pengisian-bermanfaat/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...