KUALA LUMPUR, 31 Disember 2021 – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan menyeru Menteri Kesihatan Malaysia untuk berhenti membeza-bezakan layanan terhadap rakyat yang pulang ke negara ini.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas beliau menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai peraturan yang berbeza dikenakan ke atas mereka yang kembali dari luar negara terutama dari Mekah.
“Kelmarin, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan memerlukan mereka yang pulang dari melaksanakan umrah memakai gelang elektronik (electronic bracelet) manakala mereka yang kembali dari London hanya memerlukan gelang merah jambu (pink bracelet).”
Peraturan sebegitu menurut Datuk Nadzim atau lebih dikenali dengan panggilan Toqqi dilihat seperti seolah-olah mereka yang baru pulang dari Makkah adalah penjenayah yang menjalani perintah sekatan.
Manakala mereka yang pulang dari melancong sebagai rakyat yang diringankan hukumannya.
“Adakah arahan berbeza ini menunjukkan bahawa mereka yang pulang dari menunaikan ibadat menjadikan lebih rentan dari mereka yang pulang dari melancong?” soal beliau.
Toqqi menegaskan, keadaan di Makkah atau London atau di mana-mana sahaja semuanya telah terdedah kepada virus COVID-19 atau varian terbaharunya, Omicron.
Justeru, Toqqi mahu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin supaya menghentikan lakonan dan berpijak di bumi nyata serta tidak membeza-bezakan layanan terhadap rakyat yang pulang ke negara ini.
Artikel oleh: Samudera.my
KENAPA LAYAN JEMAAH UMRAH MACAM PENJENAYAH? - TOQQI PPIM
https://www.samudera.my/gelang-elektronik-untuk-jemaah-umrah-toqqi-mahu-kj-henti-berlakon/
No comments:
Post a Comment