Monday, December 13, 2021

6101) KKM DIGESA HENTI GUNA GAS BERACUN DALAM UJIAN CALITAN COVID19 - PPIM - SUMBERKINI - 12/12/2021

 

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah penggunaan ujian calitan COVID-19 yang mengandungi Ethylene Oxide iaitu sejenis gas beracun.

Dalam satu kenyataan media, PPIM menyatakan bantahan itu dibuat kerana Ethylene Oxide dipercayai boleh menyebabkan penyakit kanser seperti leukimia dan limfoma.

“Banyak kajian telah dilakukan dan terbukti bahawa bahan ini adalah satu bahan yang sering mengancam nyawa dan amat membahayakan para pekerja dalam industri kimia.

“Menurut beberapa kajian, Ethylene Oxide adalah satu bahan yang paling mudah menyebabkan kanser dan mampu merosakkan DNA,” katanya dalam kenyataan pada 11 Disember.

Susulan itu, PPIM mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan tatacara atau protokol penggunaan bahan itu dalam ujian calitan COVID-19.

Pada masa sama, PPIM turut berharap agar KKM dapat memberi jaminan sekiranya bahan tersebut benar-benar selamat untuk digunakan.

“Sekiranya KKM gagal untuk berbuat demikian, maka kami menganggap KKM sedang menyembunyikan fakta penting dalam kaedah ujian COVID-19 ini dan berharap KKM mencari kaedah lain yang lebih selamat serta lebih berkesan untuk rakyat Malaysia,” ujarnya.


Artikel oleh: Sumberkini

KKM DIGESA HENTI GUNA GAS BERACUN DALAM UJIAN CALITAN COVID19 - PPIM

https://sumberkini.my/kkm-digesa-henti-guna-gas-beracun-dalam-ujian-calitan-covid19-ppim/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL