Saturday, December 18, 2021

6113) PINDA AKTA 342: PENDEKATAN 'DRACONIAN' KKM BAKAL UNDANG PADAH - ISMAWEB - 16/12/2021

 

BANGI, 11 Jamadilawal 1443H, Khamis – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan supaya tidak mengambil pendekatan berbaur ‘draconian’ menerusi cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Menyifatkan langkah itu keterlaluan, PPIM berkata, pindaan akta berkenaan bakal mengundang padah dan memberi impak besar kepada rakyat yang baru menarik nafas lega setelah hampir semua aktiviti kembali dibuka. 

Justeru, PPIM berkata, pihaknya memandang serius terhadap keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membentangkan pindaan RUU yang bakal diluluskan sebelum sidang Parlimen bagi penggal ini berakhir.

“Kegiatan ekonomi yang membolehkan sebahagian besar rakyat menyesuaikan norma baharu akan menghimpit kembali keadaan mereka.

“Sebagai manusia biasa, dalam keadaan tertentu, pelanggaran undang-undang itu akan berlaku juga sama ada sengaja atau tidak disengajakan atau berada dalam keadaan terpaksa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, jika pihak penguat kuasa gagal menggunakan pertimbangan yang wajar dan bersikap mencari kesalahan, maka akan ramai yang berdepan masalah apabila Akta 342 dilaksanakan.

“PPIM menyeru agar kerajaan tidak mengambil pendekatan yang berbaur ‘draconian’ ini yang bakal mengundang padah tetapi sebaliknya lebih mengambil langkah mendidik rakyat dengan bijaksana,” katanya.

Cadangan pindaan ini akan memberikan peruntukan kepada KKM untuk menaikkan denda salah laku Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998.

Di bawah akta yang bakal dipinda itu, denda terhadap mana-mana kesalahan adalah termasuk tidak memakai pelitup muka atau tidak mengamalkan penjarakan sosial, pelanggaran perintah kuarantin dan terlibat dalam acara yang dilaran membabitkan perkumpulan ramai orang serta sesak.

Menerusi pindaan itu, individu yang melanggar perintah di bawah Akta 342 akan dikenakan kadar denda lebih tinggi daripada RM1,000 kepada RM100,000, manakala bagi syarikat korporat sehingga RM2 juta.

Artikel oleh: Ismaweb

PINDA AKTA 342: PENDEKATAN 'DRACONIAN' KKM BAKAL UNDANG PADAH

https://ismaweb.net/2021/12/16/pinda-akta-342-pendekatan-draconian-kkm-bakal-undang-padah/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL