GOMBAK – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berbangga dengan keupayaan Kumpulan Malakat Eco yang membuka Tea Amo di Shell.
Nadzim atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, usaha Kumpulan Malakat Eco membawa produk baharu juga wajar dipuji kerana dapat membuka ruang dan peluang kepada usahawan-usahawan lain.
Selain itu katanya, beliau yakin pembukaan Tea Amo yang pertama di stesen minyak Shell Taman Greenwood akan menjadi permulaan kepada perkembangan minuman itu pada masa akan datang.
“Ini satu usaha yang baik, kita bawa produk baharu ke dalam pasaran. Insya-Allah, saya yakin produk ini akan mendapat sambutan yang baik kerana sekarang trend orang minum air macam ini.
“Orang wajar sokong kerana ia dimiliki oleh usahawan anak Melayu ndan tidak mustahil juga Tea Amo selepas ini akan berkembang ke persada antarabang,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.
Terdahulu Nadzim merasmikan Tea Amo pertama di di stesen minyak Shell iaitu di Shell Taman Greenwood di sini.
Hadir sama Lembaga Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malakat Eco, Adzhar Mohd. Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Affandi Hamzah, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain dan pemilik Tea Amo Shell Taman Greenwood, Zuriana Mohmed Zuhri.
Mengulas mengenai sambutan terhadap Tea Amo, Nadzim berkata, membina jenama sendiri daripada bawah adalah satu kepuasan, lebih-lebih lagi ianya mendapat sambutan yang amagt baik.
“Bagi saya tiada kepuasan jika berniaga minuman yang dah ada ‘nama’ seperti yang dah ad di Malaysia sekarang, apabila kita cipta senditi, ada kelainannya. Sangap sedap dan saya juga sudah rasa,” katanya,
Pembukaan premis wagon mimuman teh boba popular itu merupakan outlet ke 10 di negara ini dan di Shell Taman Greenwood ialah yang pertama melalui kerjasama Kumpulan Malakat Eco dengan Shell Trading Sdn Bhd.
Sempena perasmian hari ini, Tea Amo menawarkan 300 pek taufa percuma dan baucer potongan harga 50 peratus kepada pelanggan.
Artikel oleh: Malakat Tribune
TOQQI BANGGA TEA AMO KINI DI SHELL
No comments:
Post a Comment