Showing posts with label TEA AMO MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label TEA AMO MALAYSIA. Show all posts

Saturday, December 4, 2021

6071) LEBIH BANYAK TEA AMO DI STESEN MINYAK SHELL DALAM MASA TERDEKAT - MALAKAT TRIBUNE - 03/12/2021

 

GOMBAK – Tea Amo Malaysia menyasarkan untuk membuka lebih banyak wagon Tea Amo di stesen minyak Shell di sekitar Lembah Klang dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tea Amo, Adzhar Mohd. Noor berkata, pembukaan Tea Amo di Shell Taman Greenwood hari ini akan menjadi detik permulaan.

“Alhamdulillah, selepas menempuh pelbagai dugaan dan cabaran akhinya kita berjaya membuka Tea Amo yang pertama di stesen minyak Shell.

Ketua Pegawai Eksekutif Tea Amo, Adzhar Mohd. Noor

“Bersama kita dalam majlis perasmian hari ini juga ialah Shairan Huzani Husain (Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd) yang datang memberi sokongan.

“Kita menyasarkan untuk membuka 10 Tea Amo dalam masa sebulan di stesen minyak Shell namun, ia juga bergantung kepada kelulusan.

“Antara kelulusan ialah dari pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kita perlu memohon lesen dan sebagainya,” kata Adzhar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malakat Tribune selepas majlis perasmian Tea Amo di Shell Taman Greenwood di sini hari ini.

Terdahulu, majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Dalam perkembangan lain, Adzhar yang juga merupakan Lembaga Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malakat Eco berkata, Tea Amo juga akan melebarkan sayap ke stesen-stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Lembah Klang.

“Insya-Allah majlis pelancaran akan diadakan pada minggu hadapan, doakan kami agar diberikan kemudahan dalam perniagaan Tea Amo ini,” katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

LEBIH BANYAK TEA AMO DI STESEN MINYAK SHELL DALAM MASA TERDEKAT

https://www.malakattribunenews.com/2021/12/lebih-banyak-tea-amo-di-stesen-minyak-shell-dalam-masa-terdekat/

6070) TOQQI BANGGA TEA AMO KINI DI SHELL - MALAKAT TRIBUNE - 03/12/2021

 

GOMBAK – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berbangga dengan keupayaan Kumpulan Malakat Eco yang membuka Tea Amo di Shell.

Nadzim atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, usaha Kumpulan Malakat Eco membawa produk baharu juga wajar dipuji kerana dapat membuka ruang dan peluang kepada usahawan-usahawan lain.

Selain itu katanya, beliau yakin pembukaan Tea Amo yang pertama di stesen minyak Shell Taman Greenwood akan menjadi permulaan kepada perkembangan minuman itu pada masa akan datang.

“Ini satu usaha yang baik, kita bawa produk baharu ke dalam pasaran. Insya-Allah, saya yakin produk ini akan mendapat sambutan yang baik kerana sekarang trend orang minum air macam ini.

Orang ramai beratur untuk mendapatkan Tea Amo di Shell Taman Greenwood hari ini.

“Orang wajar sokong kerana ia dimiliki oleh usahawan anak Melayu ndan tidak mustahil juga Tea Amo selepas ini akan berkembang ke persada antarabang,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Terdahulu Nadzim merasmikan Tea Amo pertama di di stesen minyak Shell iaitu di Shell Taman Greenwood di sini.

Hadir sama Lembaga Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malakat Eco, Adzhar Mohd. Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Affandi Hamzah, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain dan pemilik Tea Amo Shell Taman Greenwood, Zuriana Mohmed Zuhri.

Mengulas mengenai sambutan terhadap Tea Amo, Nadzim berkata, membina jenama sendiri daripada bawah adalah satu kepuasan, lebih-lebih lagi ianya mendapat sambutan yang amagt baik.

“Bagi saya tiada kepuasan jika berniaga minuman yang dah ada ‘nama’ seperti yang dah ad di Malaysia sekarang, apabila kita cipta senditi, ada kelainannya. Sangap sedap dan saya juga sudah rasa,” katanya,

Pembukaan premis wagon mimuman teh boba popular itu merupakan outlet ke 10 di negara ini dan di Shell Taman Greenwood ialah yang pertama melalui kerjasama Kumpulan Malakat Eco dengan Shell Trading Sdn Bhd.

Sempena perasmian hari ini, Tea Amo menawarkan 300 pek taufa percuma dan baucer potongan harga 50 peratus kepada pelanggan.


Artikel oleh: Malakat Tribune

TOQQI BANGGA TEA AMO KINI DI SHELL

https://www.malakattribunenews.com/2021/12/toqqi-bangga-tea-amo-kini-di-shell/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=toqqi-bangga-tea-amo-kini-di-shell

6069) AKTIVITI | MAJLIS PELANCARAN WAGON TEA AMO MALAYSIA KE-10 - PPIM - 03/12/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Pelancaran Wagon Tea Amo Malaysia Ke-10 di Shell Greenwood, Gombak.

Turut hadir, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Tuan Shairan Huzani Husain, En Adzhar, CEO Tea Amo Malaysia dan Usahawan Wagon Shell Greenwood, Pn Zuriana.

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2021-12-03-at-11.09.29.jpeg

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL