Saturday, December 18, 2021

6117) PPIM DESAK KKM HENTIKAN PROGRAM VAKSIN KEBANGSAAN - SAMUDERA.MY - 18/12/2021

 

Bersediakah kerajaan khususnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghentikan suntikan vaksin serta merta untuk mencegah wabak COVID-19 kerana ianya masih di bawah kelulusan kecemasan FDA melalui dokumen Emergency Use Authorization atau EUA?

Vaksin yang disuntikkan sejak awal 2021 adalah merupakan vaksin percubaan atau ‘experimental vaccine’. Di bawah dokumen EUA yang dikeluarkan oleh FDA, kriteria untuk penggunaan sesuatu ubat itu termasuk:
1.Penyakit atau keadaan yang serius atau mengancam nyawa 2. Bukti keberkesanan ubat tersebut
3. Analisis risiko kebaikan perlu dibuat
4. Tiada alternatif

2. Bukti keberkesanan ubat tersebut
3. Analisis risiko kebaikan perlu dibuat
4. Tiada alternatif

Kita juga harus prihatin bahawa kelulusan EUA mengikut peraturan FDA hanya boleh dikeluarkan jika ancaman tersebut meliputi salah satu kategori di bawah iaitu:
1. Serangan Chemical
2. Serangan Biological
3. Serangan Radiation
4. Serangan Nuclear

Jadi, apakah alasan pihak KKM melaksanakan kegunaan vaksin-vaksin “experimental” tersebut sedangkan virus tersebut adalah bukan “natural virus” dan tiada bukti sehingga kini mengatakan ianya sedemikian tetapi sebaliknya ianya berkaitan dengan perenggan di atas.

Pihak pengeluar vaksin kini bertahan dengan alasan bahawa masih tiada lagi alternatif kepada vaksin percubaan ini dan tidak mengejutkan jika mereka menafikan kewujudan Ivermectin dan lain-lain ubat yang berkesan untuk merawat penyakit ini.

Sekiranya mereka memperakui akan keberkesanan ubat-ubat lain yang berkesan melawan penyakit ini, maka vaksin ini akan mempunyai saingan serta penggunaan vaksin ini terpaksa dihentikan sebagai mematuhi kehendak EUA ini.

Pada 5 November lalu, Pfizer telah mengumumkan penemuan sejenis ubat Covid-19, Paxlovid, yang mampu mengurangkan kematian atau rawatan wad hospital sebanyak 89%. Pihak Pfizer juga sedang menunggu kelulusan ubat ini untuk digunakan di bawah EUA dan juga pada Oktober 2021, KKM telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan MERCK untuk pembekalan Molnupiravir sebagai rawatan untuk Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak agar KKM mengikuti perkembangan ini dan menilai efikasi ubat ini serta mengkaji semula program vaksinasi kebangsaan yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang masih tidak terjawab.


Artikel oleh: Samudera.my

PPIM DESAK KKM HENTIKAN PROGRAM VAKSIN KEBANGSAAN

https://www.samudera.my/ppim-desak-kkm-hentikan-program-vaksin-kebangsaan/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL