Wednesday, December 29, 2021

6150) BARISAN PANEL JUGA TERTANYA-TANYA: NADZIM - SINAR HARIAN - 29/12/2021

 

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjelaskan segala dakwaan membabitkan pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan yang dikaitkan sebagai punca pakar ekonomi, Profesor Dr Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).

Ia termasuk persoalan mengenai ‘hubungan antara perniagaan dan pihak penguat kuasa’ dan situasi ‘konflik kepentingan’ membabitkan pegawai tinggi SPRM serta dakwaan bahawa pegawai itu memiliki saham.

Ahli PPPR, Datuk Nadzim Johan berkata, barisan panel juga tertanya-tanya mengenai perkara tersebut, namun siasatan perlu dilakukan dengan teliti.

“Kita dengar macam-macam komen di lapangan. Kita perlu siasat. Tak boleh ikut sahaja apa yang berlaku.

“Jika berdasarkan berita-berita di bawah sana amat merunsingkan. Contohnya duit dalam simpanan hilang, tidak dijawab.

“Jadi kita harap satu kenyataan dikeluarkan oleh SPRM untuk mewujudkan persepsi yang betul. Jika tidak orang masih tertanya-tanya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Mengulas lanjut, Nadzim menyifatkan tidak mustahil ramai dalam kalangan panel yang senada dengan Gomez, namun perbincangan lanjut perlu dilakukan bersama Pengerusi Panel SPRM, Tan Sri Borhan Dolah.

“Gomez mungkin buat keputusannya sendiri. Mungkin tidak ada berbincang sebab dia pun menulis surat kepada pengerusi, jadi saya mahu jumpa dengan pengerusi dan lihat apa pendirian beliau,” katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

BARISAN PANEL JUGA TERTANYA-TANYA: NADZIM

https://www.sinarharian.com.my/article/180336/BERITA/Nasional/Barisan-panel-juga-tertanya-tanya-Nadzim

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...