Monday, December 27, 2021

6137) MANGSA BANJIR KECEWA TIADA AMARAN AWAL SECARA TERUS - PPIM - SUMBERKINI - 25/12/2021

 

PETALING JAYA: Kerajaan perlu bertanggungjawab ke atas semua mangsa banjir berikutan bencana alam tersebut tidak diberi amaran awal secara terus hingga mengorbankan lebih 30 mangsa dan dijangka akan bertambah, kata ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan

Tambahnya kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana pusat meteorologi sudah mengeluarkan amaran awal dan isu ini turut dibangkitkan di sidang parlimen, namun tiada sebarang tindakan susulan yang dilakukan kerajaan.

“Jika kerajaan mengatur lebih awal persiapan, kemungkinan tragedi banjir ini tidak akan mendatang kesan yang teruk kepada negara seperti yang dialami oleh rakyat pada waktu ini,” katanya dalam kenyataan pada hari Sabtu.

PPIM juga menggesa Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk bertanggungjawab kerana tidak bertindak segera selepas empangan Klang Gate dibuka, menyebabkan banjir teruk di Sri Muda, Shah Alam baru-baru ini.

“Dalam keadaan rakyat yang sedang susah, kami menggesa kerajaan supaya bertindak segera demi memastikan keadaan kembali pulih secepat mungkin dan memastikan tiada rakyat menderita seperti hari ini.

“PPIM berpendapat, kerajaan seharusnya mewujudkan satu pelan awal bagi mengelakkan tragedi seperti ini berulang di negara Malaysia,” katanya.


Artikel oleh: Sumberkini

MANGSA BANJIR KECEWA TIADA AMARAN AWAL SECARA TERUS - PPIM

https://sumberkini.my/mangsa-banjir-kecewa-tiada-amaran-awal-oleh-kerajaan-ppim/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...