Monday, December 13, 2021

6098) PPIM DAKWA BAHAN UJIAN SARINGAN COVID-19 BOLEH SEBABKAN KANSER - ISMAWEB - 11/12/2021

 

BANGI, 6 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius penggunaan ujian saringan atau swab test COVID-19 yang mengandungi Ethylene Oxide.

Ethylene Oxide adalah sejenis gas beracun yang dibuktikan boleh menyebabkan penyakit kanser seperti leukimia dan limfoma.

“Banyak kajian telah dilakukan dan terbukti bahan berkenaan berisiko mengancam nyawa dan amat membahayakan pekerja dalam industri kimia.

“Bahan ini digunakan sebagai pensteril untuk swab test COVID-19. Menurut beberapa kajian, Ethylene Oxide adalah satu bahan yang paling mudah menyebabkan kanser dan mampu merosakkan DNA,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, PPIM menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mendedahkan tatacara atau protokol penggunaan bahan terbabit dalam ujian saringan COVID-19.

Selain memberi jaminan keselamatan kepada pengguna, katanya lagi.

“Pengguna juga terdedah kepada bahan itu, sekiranya prosedur berkenaan dilakukan dengan kecuaian dan ketidakmahiran kakitangan perubatan.

“Sekiranya KKM gagal untuk berbuat demikian, kami menganggap KKM sedang menyembunyikan fakta penting dalam kaedah ujian COVID-19 ini,” katanya.

PPIM bagaimanapun berharap, KKM dapat mencari kaedah lain yang lebih selamat serta berkesan untuk rakyat di negara ini.


Artikel oleh: Ismaweb

PPIM DAKWA BAHAN UJIAN SARINGAN COVID-19 BOLEH SEBABKAN KANSER

https://ismaweb.net/2021/12/11/1ppim-dakwa-bahan-ujian-saringan-covid-19-boleh-sebabkan-kanser/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...