Tuesday, May 20, 2014

1914) JALUR LEBAR


Jalur Lebar.

Jalur lebar adalah satu dari laman yang tiada batasan. Manusia menimba ilmu, mendapatkan informasi dan behibur dengan menggunakan jalur lebar. Ia diibaratkan sebagai  satu dunia yang tiada penghujungnya. Penggunaan jalur lebar juga boleh dikaitkan dengan cara dan niat yang baik atau buruk. Itu berdasarkan niat seseorang tersebut.

Kes penipuan, pecah amanah, pengubah suaian perisian, pengodam, fitnah dan banyak lagi adalah kes-kes yang sering terjadi dalam kalangan pengguna jalur lebar ini. Pengguna jalur lebar kerap terdedah dengan masalah. Siapakah yang perlu dipersalahkan jika kes-kes ini berlaku kepada pengguna tersebut?
Kehidupan harian manusia yang serba mudah ini membuat kita lalai dan leka. Kemudahan yang ingan disampaikan adalah berkenaan sistem perbankan jalur lebar. Penggunaan sistem ini sememangnya memudahkan pengguna, tidak perlu beratur, tidak perlu menunggu giliran dan mudah digunakan. Begitu mudahnya transaksi ini dilakukan |hanya dengan satu klik sahaja transaksi telah dilakukan. Tetapi awas! Pengguna boleh tertipu dengan sistem ini. Terdapat penggodam menggunakan latar belakang laman sesawang bank yang asli untuk membuat satu laman sesawang palsu. Disitu pelanggan yang tidak peka melihat alamat sesawang yang palsu itu akan memasukkan data peribadi seperti kata laluan dan “user name” . Data yang dimasukkan pengguna akan digunakan oleh penggodam untuk menggodam akaun pengguna tersebut.

Selain itu, penggunaan internet yang tiada batasan kepada kanak-kanak boleh mendorong mereka untuk melihat pada laman sesawang yang berunsur seksual. Islam mengajar manusia untuk menjaga akhlak individu. Baik yang dewasa mahupun kanak-kanak.  Terdapat laman sesawang yang menyediakan gambar-gambar porno dan dan juga video porno tanpa tapisan. Oleh itu, ibu bapa memain peranan yang penting dalam mengawasi anak-anak mereka ketika menggunakan jalur lebar.

Penggunaan “facebook, twitter” dan lain-lain juga boleh memakan diri. Ini kerana penggunaan laman sosial juga boleh menjadi tempat penipuan terbesar diabad ini. Disinilah tempat dimana manusia yang bernafsu buaya mencari mangsa mereka. Mereka akan menipu wanita-wanita dan memberi ayat-ayat manis sehingga wanita-wanita ini boleh menggadaikan maruah diri mereka. Maka berhati-hatilah dalam memilih kawan didalam laman sosial seperti ini.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...