Thursday, May 29, 2014

1955) 29/05/2014 - PPIM dan MAWAR boikot semua produk Cadbury



29/05/2015 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (mawar) telah bersatu untuk memboikot Cadbury dalam satu sidang yang dibuat di pejabat PPIM.

Mawar telah bersetuju untuk menarik dan tidak menjual kesemua produk Cadbury dan tindakan ini telahpun diturukkan kepada kesemua ahli mawar – kata Tuan Basir Ahmad Penasihat Persatuan. Katanya disini, tindakan ini dibuat ata sebab keraguuan terhadap produk Cadbury ini. Kementerian Kesihatan telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa terdapat DNA babi/kinzir didalan 2 produk mereka. Maka ini penasihat mawar mengatakan bahawa mereka meragukan perkara itu dan menarik semua produk dan tidak menjualnya sehinggalah masalah keraguaan ini diselesaikan.

Dari pihak PPIM, Tuan Sheikh Kareem mengatakan bahawa kami pengguna terasa tertipu dan sekaligus menghancurkan rasa kepercayaan kepada syarikat ini. Kepercayaan yang telah lama ditanam kepada syarikat ini nampaknya telah hilang disebabkan kenyataan bahawa terdapat DNA babi didalam beberapa produk mereka.

Tuan Basir meminta pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan satu kenyataan akhir untuk pemasalahan ini. Ini adalah untuk mengelakkan dari perkara-perkara yang tidak dingini berlaku.
Selain itu, mawar meluahkan rasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh syarikat ini kerana sudah hamper 3 bulan tetapi pihak mereka tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan ini dan tindakan terhadap masalah ini.






No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...