Wednesday, May 7, 2014

1887) GILA GULA ,PRODUK SEKARANG BUKAN SEPERTI YANG ANDA TAHU.


Gula itu Gila , produk sekarang bukan seperti yang anda tahu.

Tahukah anda bahawa pengambilan gula yang berlebihan adalah satu perkara yang sangat bahaya? Tetapi apa kaitan gula, makanan dahulu dengan makanan sekarang?

Banyak perbezaan yang dapat kita lihat dan ini kerana kemajuan yang kita kecapi sekarang. Dahulu penggunaan gula adalah kurang dibandingkan dengan sekarang. Dizaman sekarang, makanan yang dijual di kedai-kedai makan kebanyakan akan meletakkan gula didalam masakan mereka. Ini juga kerana jika tidak diletakkan gula didalam masakan, makanan itu tidak sedap

Orang dahulu tidak banyak menggunakan gula. Masakan mereka juga adalah masakan kesihatan yang sangat baik untuk manusia. Tidak banyak menggoreng. Mereka banyak merebus dan membakar. Penggunaan minyak yang sangat kurang.

Berbeza dengan zaman yang serba maju dan singkat. Makanan yang terdapat didalam industri kita kebanyakannya tidak sihat. Pengguna beranggapan bahawa jika semua lebih, maka lebih sedap atau baik. Anggapan itu sebenarnya salah. Pengambilan gula yang berlebihan mampu mengundangkan penyakit yang merbahaya dan ada yang mampu mengundang maut.

Gula yang dahulunya bewarna perang kini menjadi putih. Manusia biasa akan menganggap bahawa putih atau jernih itu bersih. Tidak semestinya putih atau jernih ini bersih. Kalau dilihat gula asli adalah bewarna perang sedikit. Tebu juga bewarna seperti itu. Namun selepas dibasuh dan dicuci dengan bleach. Gula itu betukar menjadi putih. Tahukah anda tengang bleach ini. Bleach adalah sejenis bahan yang digunakan untuk melunturkan warna. Mereka menggunakan bleach ini untuk melunturkan warna yang terkandung didalam gula asli ini. Dengan perlakuan ini, kemingkinan khasiat yang ada didalam gula ini akan luntur juga. Hanya rasa manis sahaja yang ada.

Pada zaman dahulu, ramai yang takut dengan obesiti. Terdapat banyak kempen kesedaran yang dibuat untuk mencegah dari gejala tidak sihat ini. didalam sector pemakanan, ramai peniaga yang mengurangkan penggunaan lemak didalam masakan mereka. Tetapi pada hari ini obesity semakin meningkat. Kenapakah perkara ini masih lagi tidak dapat dicegah? Terdapat satu rancangan yang disiarkan di eropah, bbc news memberitahu tentang bahayanya gula kepada manusia. Didalam video ini mengatakan pada zaman dahulu kempen kesihatan tentang obesity ini melarang pemakanan yang mengandungi banyak kolestrol. Pengusaha-pengusaha menyahut saranan itu dengan mengeluarkan produk yang rendah lemak atau kelori ini. Produk-produk yang tidak mempunyai lemak atau kolestrol ini tidak ada sambutan atas kerana rasa yang tidak sedap. Mereka menemui jalan untuk menggantikan lemak atau kolestrol dan jalannya adalah gula. Mereka menambahkan kandungan gula didalam produk-produk mereka supaya produk mereka mempunyai rasa. Kebanyakan produk ini dijual kepada pelanggan dengan cara promosi rendah lemak. Pengguna tertipu dengan promosi seperti ini kerana gula sebenarnya adalah salah satu punca tenaga untuk badan. Penggunaan gula yang berlebihan akan membuat badan kita tidak sihat.


Sebenarnya terdapat banyak lagi wawancara yang disiarkan tentang bahaya  gula kepada rakyat-rakyat luar. Video-video ini dibuat untuk kesedaran pengguna supaya berhati-hati tentang penggunaan gula. Pengguna hendaklah lebih efektif dalam mencari ilmu kesihatan ini.




No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...