Wednesday, May 21, 2014

1917) 21/5/2014 - LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM DI RAWANG


21/05/2014 - RAWANG. Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengziarahi satu keluarga yang kehilangan ibu bapanya. Kesemua mereka menanggung kesepian dan mengalami kesempitan kewangan.

Ibu bapa mereka meninggal pada usia mereka yang sangat muda. Paling muda diantara mereka berumur 24 tahun. Keluarga ini mempunyai 9 beradik kesemuanya. Dibawah jagaan al-Taffis dan seorang dari mereka telah dijaga oleh makcik mereka. Selebih dijaga oleh kakak mereka. Kakak mereka yang bekerja di sebuah syarikat sebagai khidmat pelanggan yang terletak di puchong. Anak kedua merupakan seorang wanita yang baru sahaja habis belajar disalah satu institut pengajian di Malaysia dalam bidang perbankan islam hanya menjaga adik-adiknya dirumah. Disebabkan tidak ada orang untuk menjaga mereka, maka kakak kedua berkorban untuk menjaga adik-adik mereka manakala kakak pertama pula bekerja untuk mencari rezeki.

Keadaan rumah yang serba kekurangan ini ditambahkan lagi dengan sewa yang sangat tinggi membuat mereka kesempitan dari segi kewangan. Sewa rumah yang dikenakan kepada mereka adalah tinggi jika dibandingkan dengan harga rumah yang ada disitu. Kenapakah berlakunya penindasan kepada seseorang yang memerlukan pertolongan. Harga rumah disitu sepatutnya murah namun mereka mengenakan cas yang tinggi kepada keluarga ini.]



Video from Metro:

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...