Wednesday, May 28, 2014

1947) SINAR - Jakim terlalu berlembut


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilihat terlalu berlembut dalam isu penguatkuasaan halal di negara ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sikap yang ditunjukkan Jakim menyebabkan syarikat pengeluar berani menipu umat Islam di negara ini.

Menurutnya, produk keluaran Cadbury yang mengandungi DNA babi dan dijual kepada umum seharusnya tidak berlaku kerana syarikat tersebut mendapat pengesahan halal daripada Jakim.

“Syarikat Cadbury mempunyai kilang yang besar, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul dan mempunyai sijil halal. Tetapi perkara sebegini tetap berlaku.

“Kita tidak mahu Jakim sekadar memberi amaran tanpa ada sebarang tindakan tegas dan kemudiannya memberikan kembali sijil halal kepada syarikat tersebut,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...