Wednesday, May 21, 2014

1916) PERMAINAN VIDEO

PERMAINAN VIDEO 

Permainan video dikalangan remaja semakin hari semakin berleluasa. Permainan video yang tiada pengajaran lagi merosakkan akhlak manusia diumpamakan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Kebanyakan remaja sekolah sanggup menghabiskan wang saku yang diberikan kepada mereka untuk bermain di pusat internet. Permainan video seperti  ‘counter strike, half life dan dota’ menjadi tempat pertama didalam fikiran mereka. Ada juga remaja sekolah yang sanggup memonteng sekolah dan pergi ke pusat hiburan seperti ini.
Dimanakah silapnya disini? Adakah kita ingin persalahkan sekolah, ibu bapa atau pusat hiburan? Ini semua atas diri remaja itu sendiri.
Kes- kes pembunuhan didalam Malaysia semakin hari semakin berleluasa. Ini kemungkinan boleh dikaitkan dengan permainan video yang banyak dipromosikan didalam pusat internet. Game seperti ini mengajar remaja cara untuk membunuh dan strategi untuk membunuh. Dengan cara yang diajar didalam game ini, kita mampu mengadaptasikan ke dunia sebenar. Disebabkan itulah banyaknya berlaku kes-kes pembunuhan seperti ini.
Islam melarang umatnya untuk mencuri. Tetapi kenapakah orang yang mereka game yang berunsur mencuri. Didalam game ini, mereka diberi tugasan untuk mencuri kenderaan, barang dan banyak lagi. Disini kita dapat lihat bagai mana akhlak seseorang itu tercemar kerana permainan ini seperti mengizinkan seseorang itu untuk mencuri. Mungkin juga kerana permainan ini, ramai remaja melayu yang beragama islam kita tercenderong melakukan rompakan, mencuri, samun dan sebagainya didalam dunia yang nyata ini.
Selain itu, terdapat permainan –permainan yang menyentuh sensiviti keagamaan. Penghinaan keatas islam sering berlaku kerana ada sesetengah pihak ingin menjatuhkan imej islam dimata dunia. Musuh-musuh islam sentiasa merancang dan menyerang umat islam dari pelbagai sudut. Permainan juga salah satu dari cara mereka menyerang kita. Terdapat banyak game yang menghina dan menjatuhkan martabat agama islam. Game-game ini mengambarkan bahawa islam adalah orang jahat dan kita hendaklah membunuh orang islam. Bukan sekadar membunuh, ada juga permainan yang menggunakan gambar seperti nama ALLAH dan ada juga yang menggunakan pintu Kaabah sebagai pintu antara 2 dunia. Ini adalah terang terangan menghina islam.
Disini disarankan agar ibu bapa memberi penerangan dan menerapkan akidah kepada anak-anak supaya mereka sedar bahawa musuh-musuh islam sentiasa mencari peluang untuk memerangkap mereka. Jika mereka bermain permainan video seperti ini, seumpama mereka menyokong perbuatan musuh islam


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...